Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Bilik Tidur»DIY Bilik Tidur Anak 3 In 1. Mencabar Tapi Kreatif!
    Bilik Tidur

    DIY Bilik Tidur Anak 3 In 1. Mencabar Tapi Kreatif!

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJuly 13, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Siapa yang tidak mahu menjadi ibu bapa yang kreatif demi melihat sang permata hati tersenyum gembira kan. Inilah yang dilakukan oleh Sharifah Zawani dan suaminya untuk anak-anak mereka. Puan Sharifah berkata, ini merupakan DIY yang paling mencabar kerana menggabungkan 3 ruang dalam satu bilik kecil yang berkeluasan 8 x 9 kaki sahaja. Bilik yang dijadikan sebagai bilik bermain, bilik belajar dan bilik tidur untuk anak-anaknya ini mengambil masa untuk disiapkan selama seminggu. Kerja-kerja pembinaan, pertukangan, pemasangan dan cantum mengambil masa 2 hari sahaja tetapi proses mendekorasi bilik ambil masa berhari-hari kerana perbezaan idea oleh dia dan suami. Barang-barang utama yang digunakan untuk DIY bilik ini adalah papan, kayu dan paku.

    Dalam waktu pembinaan, seharusnya diingat oleh setiap ibu bapa bahawa aspek paling penting dalam sesuatu ruang adalah keselamatan, tambah-tambah apabila digunakan oleh kanak-kanak. Oleh itu, Puan Sharifah mengambil langkah keselamatan dengan menggunakan foam mat sebagai alas lantai untuk mengurangkan risiko kecederaan. Pemegang di gelongsor pula diletakkan paip getah dan di bawahnya disediakan beanbag dan foam mat. Foam mat diletakkan juga di anak-anak tangga untuk keselesaan memanjat.

    Ketinggian dari lantai bilik ke lantai bilik bermain adalah 1.4 meter, begitu juga ketinggian dalam bilik bermain. Di dalamnya terdapat ‘kitchen set’ yang diDIY menggunakan kotak dan plywood untuk lebih jimat. Tambahan pula, mereka hanya memakai barangan yang telah sedia ada di rumah dan belanja hanya dikeluarkan untuk barangan dekorasi yang dianggarkan dalam RM 400++. Kita juga boleh menjadi kreatif seperti pasangan ini dengan mengambil inspirasi dari idea mereka.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Di hujung katil itu merupakan sebuah meja yang boleh diturunkan untuk dijadikan ruang belajar, dan diletakkan rak simpanan buku di sebelahnya.

    Kredit: Sharifah Zawani Syed Dahari

    diy bilik 3 dalam 1 idea deko kreatif inspirasi untuk ibu bapa
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleFlat Lama Bertukar Jadi Kondo Mewah Hasil 8 Tahun Menunggu
    Next Article DIY Mudah, Cepat dan Jimat Rak Bekas Rempah

    Related Posts

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Deko Nurseri Berkonsepkan Boho Dengan Gaya Campuran Untuk Bayi Perempuan

    July 27, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.