Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Dapur»DIY Mudah, Cepat dan Jimat Rak Bekas Rempah
    Dapur

    DIY Mudah, Cepat dan Jimat Rak Bekas Rempah

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJuly 13, 2020Updated:May 30, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Nak buat macam mana ya kalau nak simpan barang dapur tapi tiada tempat penyimpanan yang sesuai? Penyelesaian paling mudah telah ditunjukkan oleh Puan Hani Mynis di Facebooknya. Dia juga sudah puas mencari rak untuk bekas rempah-ratusnya namun tiada yang sesuai. Disebabkan itu, Puan Hani mencari jalan alternatif dengan DIY rak rempah ratus sendiri sahaja menggunakan cooling rack. Yang pastinya, cara ini lebih mudah, cepat dan jimat untuk menyimpan bekas-bekas bahan masakan. Selepas ini, kalau tiada rak simpanan yang sesuai, boleh ikut langkah-langkah yang ditunjukkan Puan Hani ni. Barulah ruang dapur nampak lebih tersusun kan.

    DIY rak rempah ratus

    VIEW IN GALLERY

    Apa yang kita perlukan hanyalah cooling rack, playar dan tali kabel. Rak boleh didapati dari kedai Eco RM 2. Boleh juga menggunakan cat spray untuk warna baru pada rak.

    VIEW IN GALLERY

    Gunakan playar untuk ratakan bentuk tiga segi di besi itu seperti gambar di bawah.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Kemudian, buat ukuran dan tandakan 2 bahagian yang nak dilipat.

    VIEW IN GALLERY

    Lipatkan seperti ini menggunakan playar.

    VIEW IN GALLERY

    Buatkan satu lagi lipatan sehingga menjadi bentuk U.

    VIEW IN GALLERY

    Ikatkan hujung bawah kiri dan kanan rak menggunakan tali kabel supaya bekas tak jatuh.

    Bila dah susun bekas kemas-kemas atas rak, hasilnya boleh dilihat di bawah.

    VIEW IN GALLERY

    Rak digantung menggunakan ‘hook’ yang mempunyai 3 paku. Jadi, kita boleh terus pakukan ke dinding. Boleh dapatkan di Mr DIY. Dinding beralaskan wallpaper bercorak dari Kaison dan balang kaca di bawah dari Mr DIY.

    VIEW IN GALLERY

    Untuk maklumat, rempah-ratus ini sudah tersedia dalam bekas. Puan Hani membelinya di pasaraya Giant ketika promosi berharga RM 2-RM 4 sebekas.

    Selamat mencuba!

    Kredit: Hani Mynis

    diy rak bekas hanya guna barang mudah didapati idea diy
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDIY Bilik Tidur Anak 3 In 1. Mencabar Tapi Kreatif!
    Next Article Projek ‘Makeover’ Balkoni Rumah Jadi Playground Anak-Anak

    Related Posts

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    6 Inspirasi Kabinet Warna Mushroom Yang Cantik Untuk Dapur Timeless & Neutral

    July 28, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.