• HOME
  • Idea Dekorasi
  • Dapur
  • DIY
    • Idea Kreatif
  • Ruang Tamu
  • Bilik Tidur
  • Seni bina
    • Rumah Idaman
    • Ubahsuai
  • Ruang Makan
Hias.my
  • HOME
  • Idea Dekorasi
  • Dapur
  • DIY
    • Idea Kreatif
  • Ruang Tamu
  • Bilik Tidur
  • Seni bina
    • Rumah Idaman
    • Ubahsuai
  • Ruang Makan
  • Facebook

  • RSS

DIY

DIY Dinding Bercermin Accent Wall Di Ruang Makan. Guna Cermin Eco Je

DIY Dinding Bercermin Accent Wall Di Ruang Makan. Guna Cermin Eco Je
Nurul Husna MD
February 10, 2021
Mohon share tanda suka

Siapa kata barangan dari kedai murah tidak boleh bertukar menjadi mahal? Yang penting, kita tahu bagaimana untuk melakukannya. Sebagai contoh dari Uray Zamhari yang menghasilkan DIY dinding bercermin yang menjadi accent wall di ruang makan rumahnya, dengan hanya menggunakan cermin dari kedai Eco. Katanya, dia mempelajarinya dari YouTube sahaja untuk mendekorasi dinding dengan gaya moden yang glamor, sesuai dengan konsep yang dipilih untuk rumahnya.

SEBELUM

VIEW IN GALLERY

Alatan-alatan yang diperlukan adalah:

– 49 keping bingkai cermin berharga RM 2.10 sekeping

– 3 buah Extra seal bond berharga RM 7.80 sebuah

– 4 batang kayu wainscoting bersaiz 8 kaki berharga RM 15 sebatang

– Cat putih jenama Dulux berharga lebih kurang RM 25 untuk 1.5 liter

– Pita pelekat berharga RM 2.10

– Berus cat berharga RM 5

– Pembaris sesiku L

– Pensel

– Silikon putih untuk kemasan

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Sekiranya dinding rumah tidak rata, tampalan wainscoting akan menjadi tidak kemas. Oleh itu, penyelesaian terbaik adalah dengan menggunakan wainscoting jenis foam atau PVC.

HASILNYA:

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Untuk menghasilkan dinding bercermin yang cantik, Uray memberi beberapa pesanan iaitu:

1. Pilih saiz cermin yang tidak terlalu besar dan terlalu kecil

2. Buat lakaran terlebih dahulu untuk mendapatkan ukuran yang tepat

3. Boleh gantikan cat sapu dengan jenis semburan untuk hasil yang lebih cantik. Tetapi, kosnya lebih tinggi

4. Perlu pastikan setiap bingkai yang ditampal adalah selari, dengan sentiasa mengukurnya menggunakan penimbang air

5. Untuk efek ruang lebih luas, penuhkan cermin satu dinding berbanding hanya separuh

Apa pendapat anda? Tak nampak macam cermin dari kedai murah, kan.

Kredit: Uray Zamhari

Related Itemsdiy dinding bercermindiy guna cermin ecoidea diy
Click to add a comment

Leave a Reply

Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

DIY
February 10, 2021
Nurul Husna MD
Related Itemsdiy dinding bercermindiy guna cermin ecoidea diy

More in DIY

  • Read More
    Hasil Kerja Dari Paip PVC Jadi Macam-Macam Barang. Kreatif Wanita Ini!

    Mohon share tanda suka Kami sentiasa kagum dan ‘tabik’ dengan golongan wanita yang pandai dan mahir dalam...

    Nurul Husna MD February 25, 2021
  • Read More
    DIY Rak Letak Barang Dapur Guna 3 Alatan Sahaja. Mudah Dan Jimat!

    Mohon share tanda suka Pasti ramai yang memerlukan rak untuk menyimpan barangan dapur supaya ruang dapur lebih...

    Nurul Husna MD February 24, 2021
  • Read More
    DIY Hiasan Dinding Tulisan Khat. Hasil Tetap Cantik Macam Beli Kedai

    Mohon share tanda suka Urusan menjadi lebih mudah sekiranya terdapat ahli keluarga yang berbakat dan gemar dalam...

    Nurul Husna MD February 24, 2021
  • Read More
    Projek Transformasi Rumah Dengan Konsep Ala-Ala English Cottage. DIY Je!

    Mohon share tanda suka Siapa yang sukakan gaya rumah Inggeris? Walaupun agak sukar untuk mencapai gaya tersebut...

    Nurul Husna MD February 24, 2021
Scroll for more
Tap




Like Hias.MY di FB

Facebook Pagelike Widget
Hias.my

Hias.my merupakan laman majalah versi website yang membawakan idea tentang senibina, perabot dan hiasan dalaman. Di hias.my, kami mencari dan mengumpul serta membawakan idea-idea yang berguna untuk menghias kediaman anda.

Pages

  • Hantar Artikel
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Privacy Policy
  • Tentang Kami

Subscribe to our Newsletter

Copyright © 2020 Hias.my

Nak Pakai Vinyl Floor? Wanita Ini Kongsi Pengalaman Guna Jenis American Vinyl
Transformasi Bilik Kosong Usang Rumah Kampung Tema Farmhouse. Wow!