Sempena perintah berkurung, seorang lelaki berkongsi DIY pintu kabinet dapur aluminium dan menggunakan composite panel. Asalnya, bahagian dalam juga ingin menggunakan aluminium, tetapi terdapat lebihan kayu yang digunakan untuk membuat almari sebelum ini. Jadi, dia menggunakan bahan yang ada. Menurutnya, ini kali pertama dia membuat pintu kabinet dapur aluminium setelah bertahun table topnya tidak berpintu.
Senarai Barang Dan Kos DIY Kabinet Dapur Aluminium
FRAME Kabinet Dapur :
– Aluminium 1 x 2 hollow – RM 32.40 sebatang = RM 97.20 (3 batang)
– PVC center bracket – 20 sen = RM 6 (30 keping)
– L corner bracket (tebal) – 40 sen = RM 6.40 (16 keping)
– Skru aluminium (biru) – 5 sen = RM 5 (100 keping)
PINTU Kabinet Dapur Aluminium :
– Aluminium profile pintu – RM 33.70 = RM 101.10 (3 keping)
– Aluminium profile handle = RM 47.20 sebatang
– L corner bracket (nipis) – RM 1.10 = RM 33 (30 keping)
– Soft closer hinges – RM 1.20 = RM 19.20 (16 keping)
– Composite panel hitam 4’ x 8′ = RM 90 sekeping
– Skru (silver) – 5 sen = RM 5 (100 keping)
Lain-lain:
– Drill bit untuk menebuk dan memasang hinges
– Drill bit untuk jubin
Kedai:
– Yit Loong Building Material Sdn. Bhd. (pembekal aluminium dan aksesorinya)
– Dragon City Aluminium Glass Supply Sdn. Bhd. (pembekal aluminium dan gelas)
Proses DIY Frame Kabinet Dapur
Setting frame aluminium. Lubang-lubang kecil ditutup dengan silikon/sealer/cement.
Setting partition dalam.
Setting slide laci untuk masukkan rak.
Terdapat bahagian yang dicat, disyelek dan permukaan kayu/ply yang asal putih.
Proses DIY Pintu Kabinet
Tebukkan lubang untuk memasang soft closer hinges.
Hasil DIY Pintu Kabinet Dengan Aluminium Dan Composite Panel Hitam
Kabinet dinding secondhand berharga RM 25 (1 set 1 pintu) dari kedai perabot. Ia berasal dari hotel.
Meja juga di-DIY dari kayu pine dan kerusi dari IKEA.
Diharapkan perkongsian DIY kabinet dapur aluminium ini boleh memberi idea dan manfaat kepada semua.
Kredit: Fadhli
Facebook
RSS