Sesetengah golongan wanita lebih menyukai untuk melakukan kerja di dapur secara privasi, terutamanya apabila terdapat tetamu. Namun, dapur yang terbuka pada pandangan mata menyukarkan perkara itu berlaku. Oleh itu, idea DIY ini mungkin dapat membantu anda yang memerlukan. Atas permintaan isteri, Fourzy Ozzy melakukan DIY pintu sliding yang memisahkan ruang dapur dengan ruang tamu rumah jenis flat mereka. Dengan bantuan si isteri, pintu sliding ini dihasilkan dengan kos yang minimum iaitu tidak sampai RM 300. Design pun simple sahaja.
Barangan dari Shopee:
– Set sliding track berharga RM 119 – RM 139
– Pintu plywood (tebal dalam 2 mm) berharga RM 83 – RM 306
– Wallpaper (ditampal pada pintu) berharga RM 18 – RM 85.80
Kabinet dapur berharga RM 386 – RM 850 dari Shopee, dan dipasang sendiri.
Ukur saiz bukaan dahulu, kemudian beli pintu. Katanya, jika tidak salah, kedai mempunyai 3 saiz standard dan sekiranya saiz yang diukur tidak sama dengan saiz standard tersebut, baru menempah mengikut saiz bukaan anda.
Pintu plywood (bersaiz standard) ini juga terdapat di kedai hardware. Jika pintu ditempah, harganya dalam RM 150.
Semoga dapat memberi idea kepada mereka yang ingin mencuba pintu seperti ini. Semoga bermanfaat!
Kredit: Fourzy Ozzy