Tidak semestinya rumah baru sahaja dapat dicantikkan, rumah yang sudah berusia pun masih boleh diselamatkan, malah boleh menjadi lebih cantik. Sebelum ini, seorang Interior Designer iaitu Haziq Ammar sudah berkongsiĀ dekorasi bilik tidur kecil yang merupakan bilik utama, yang melalui transformasi yang tampak mewah. Kali ini, dia berkongsi pula transformasi keseluruhan unit studio yang berusia 25 tahun yang berkeluasan 550 sqft dengan kos sebanyak RM 90K++.
Semua ditukar baharu kecuali lantai dan sofa yang sememangnya sudah sedia ada di dalam rumah. Perkongsian gambar ruang studio pada sebelum dan selepas telah dibuat melalui FB group ‘Kelab Kaki Deko’. Jom tengok transformasi unit studio yang sudah memasuki usia 25 tahun hasil sentuhan Haziq di bawah ini.
SELEPAS
Aksesori ‘beads’ dari kedai Spotlight.
- Frame gambar dari IKEA
- Lampu spotlight dari kedai lampu, Petaling Jaya
Cat dinding menggunakan jenama Jotun Majestic kod warna Bare.
Meja makan dari SSF dan kerusi makan custom-made.
Jubin corak sisik dari kedai jubin.
Semoga dapat memberi inspirasi kepada semua orang untuk mencantikkan rumah masing-masing.
Kredit: Haziq Ammar