• HOME
  • Idea Dekorasi
  • Dapur
  • DIY
    • Idea Kreatif
  • Ruang Tamu
  • Bilik Tidur
  • Seni bina
    • Rumah Idaman
    • Ubahsuai
  • Ruang Makan
Hias.my
  • HOME
  • Idea Dekorasi
  • Dapur
  • DIY
    • Idea Kreatif
  • Ruang Tamu
  • Bilik Tidur
  • Seni bina
    • Rumah Idaman
    • Ubahsuai
  • Ruang Makan
  • Facebook

  • RSS

DIY

DIY Shiplap Dan Deko Dinding Dengan Cermin Kedai Eco. Boleh Cuba!

DIY Shiplap Dan Deko Dinding Dengan Cermin Kedai Eco. Boleh Cuba!
Nurul Husna MD
January 17, 2021
Mohon share tanda suka

Ramai peminat deko yang muncul selepas Noor Sarah berkongsi deko rumahnya hasil menggunakan barang terpakai pada posting yang lalu. 2 deko yang paling menjadi perhatian mereka adalah dinding gaya shiplap dan deko dinding menggunakan cermin dari kedai Eco yang dihasilkannya (DIY) sendiri. Oleh itu, dia menunjukkan caranya membuat 2 jenis dekorasi tersebut yang boleh anda baca dan cuba di bawah ini.

DIY SHIPLAP

VIEW IN GALLERY

Alatan-alatan yang diperlukan adalah:

– Marker pen (permanent)
– Pensel
– Pembaris jahitan atau mana-mana pembaris yang panjang

VIEW IN GALLERY

Ukur dahulu jarak-jarak setiap garisan dan tandakan.

VIEW IN GALLERY

Mulakan dengan menggariskan dahulu dengan pensel satu-persatu. Pastikan keseragaman jarak antara satu sama lain.

VIEW IN GALLERY

Ikut garisan-garisan tersebut menggunakan marker pen pula dan gariskan satu-persatu sehingga habis.

HASILNYA:

VIEW IN GALLERY

DEKO DINDING DENGAN CERMIN KEDAI ECO

VIEW IN GALLERY

Alatan-alatan yang diperlukan adalah:

– 24 keping frame gambar (12 board berwarna coklat dari belakang frame dan 12 keping cermin)
– Cat minyak atau spray
– 6 keping Black Mounting board
– Double-sided tape
– Hot glue

VIEW IN GALLERY

Cat atau spray semua frame Eco tersebut dan biarkan sehingga kering.

VIEW IN GALLERY

Susun dan tampal dahulu 6 keping mounting board di dinding menggunakan gam silikon atau double-sided tape dan hot glue.

VIEW IN GALLERY

Lekatkan frame beserta cermin dan frame beserta board cermin pada mounting board menggunakan gam silikon atau double-sided tape dan hot glue.

VIEW IN GALLERY

Buat berselang-seli satu persatu.

HASILNYA:

VIEW IN GALLERY

Untuk menghasilkan deko begini, anda wajib mempunyai semangat, kesabaran dan kesungguhan yang tinggi. Jika tidak, susah nak menjadi atau tidak menjadi terus. Yang pentingnya, jangan mudah berputus asa.

Kredit: Noor Sarah Noor Sulaiman

Related Itemsdiy gaya shiplapidea deko dinding cermin ecoidea diy
DIY
January 17, 2021
Nurul Husna MD
Related Itemsdiy gaya shiplapidea deko dinding cermin ecoidea diy

More in DIY

  • Read More
    ‘Makeover’ Mudah Meja Makan Milik ‘Owner’ Lama Jadi Baru Semula

    Mohon share tanda suka Barangan rumah atau perabot-perabot lama yang ditinggalkan oleh penghuni sebelum ini jangan dibuang...

    Nurul Husna MD March 4, 2021
  • Read More
    Idea DIY Kotak Roti Dari Papan Pallet Dan Plywood. Menarik & Kreatif

    Mohon share tanda suka Ramai yang suka mencari makanan untuk dibuat kudapan atau kunyahan sewaktu kebosanan sambil...

    Nurul Husna MD March 3, 2021
  • Read More
    Idea DIY Karpet Hiasan Buat Santai-Santai Sambil Tonton TV. Sila Cuba!

    Mohon share tanda suka Siapa yang pandai menjahit atau ingin cuba-cuba menjahit, boleh mulakan dengan menjahit karpet...

    Nurul Husna MD March 3, 2021
  • Read More
    Hasil Pertukangan Lelaki Ini Bina Ruang Tamu Sendiri Jadi Inspirasi Ramai

    Mohon share tanda suka Bakat bertukang ini merupakan satu anugerah yang ramai daripada kita impikan untuk miliki...

    Nurul Husna MD March 2, 2021
Scroll for more
Tap

Like Hias.MY di FB

Facebook Pagelike Widget




Hias.my

Hias.my merupakan laman majalah versi website yang membawakan idea tentang senibina, perabot dan hiasan dalaman. Di hias.my, kami mencari dan mengumpul serta membawakan idea-idea yang berguna untuk menghias kediaman anda.

Pages

  • Hantar Artikel
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Privacy Policy
  • Tentang Kami

Subscribe to our Newsletter

Copyright © 2020 Hias.my

Rasa Nak Tukar Langsir Gaya Eyelet, DIY Mudah Ini Khas Untuk Anda
Hanya Ubah Kedudukan Barang, Deko Bilik Kanak-Kanak Ini Sesuai Dengan Usia