Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • DIY
      • Viral
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»DIY»DIY Spray Pencuci Habuk Serbaguna, Tip Elak Habuk Paling Puas Hati. Cubalah!
    DIY

    DIY Spray Pencuci Habuk Serbaguna, Tip Elak Habuk Paling Puas Hati. Cubalah!

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJune 17, 2021Updated:June 17, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Banyak ‘resepi’ yang kita temui dalam membuat spray pencuci habuk. Cara paling mudah adalah menggunakan air dan pelembut. Namun selepas mencuba beberapa ‘resepi’ tersebut, ‘resepi’ pencuci habuk yang kami kongsikan di sini adalah yang paling memuaskan hati setakat ini kerana ianya serbaguna.

    Bahan-Bahan Membuat Spray Pencuci Habuk Serbaguna

    VIEW IN GALLERY

    – ¼ cawan cuka

    – 1¼ cawan air

    – 3 sudu kecil minyak zaitun

    – 1 sudu makan pencuci pinggan (optional)

    – Sedikit essential oil (optional)

    Campurkan semua bahan di dalam botol spray. Goncang sebelum guna.

    VIEW IN GALLERY

    Nota:

    – Gunakan botol spray lutsinar supaya mudah lihat, atau buat peringatan pada botol supaya tidak lupa

    – Boleh menggunakan 1 bahagian cuka & 5 bahagian air supaya larutan cuka tidak terlalu pekat atau cair

    – Cuka memudahkan untuk menanggalkan kotoran & sebagai agen pembasmi kuman

    – Minyak zaitun berfungsi untuk mengilatkan & melindungi permukaan kayu

    – Pencuci pinggan mampu menanggalkan kotoran secara lembut

    – Essential oil berfungsi untuk memberi kesegaran & mengurangkan bau cuka

    VIEW IN GALLERY

    Pastikan:

    – Elakkan menggunakan pencuci pinggan bundle kerana bahan kimianya agak tinggi & boleh merosakkan sesetengah permukaan perabot

    – Sekiranya bimbang perabot sensitif, cuba spray sedikit sahaja dahulu di bahagian yang tersorok atau paling bawah untuk menguji keserasian

    – Goncang setiap kali sebelum digunakan supaya larutan minyak & air bercampur

    VIEW IN GALLERY

    Kegunaan:

    • Mengurangkan habuk yang melekat pada perabot dan kipas
    • Mengilatkan perabot kayu
    • Menaikkan warna dan melindungi sofa dari kulit sintetik
    • Mengurangkan habuk terkumpul pada gril pintu dan lapisan minyaknya mengelakkan dari berkarat
    • Membersihkan dan melicinkan trek pintu/tingkap jenis sliding serta melancarkan trek yang tersangkut
    • Sebagai lapisan perlindungan dari kotoran untuk jubin dinding dan sinki

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Diharapkan tip ini dapat membantu memudahkan kerja-kerja rumah dan urusan harian anda.

    Kredit: Yatie Eimra

    diy spray pencuci habuk idea pencuci habuk serbaguna kegunaan pencuci habuk serbaguna
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleWanita Transformasikan Dapur Kering, Hasilnya Mengagumkan Ramai Orang
    Next Article Hasil Kerjasama Adik-Beradik Renovasi Rumah Ibu Dengan Tema Hijau Putih

    Related Posts

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    DIY Deko Bilik Kanak-Kanak Lelaki Konsep Industrial Dengan Accent Kayu & Logam

    July 26, 2023

    Hasilkan DIY Mobile Bayi Dahan Untuk Tambah Sentuhan Kreatif Dalam Nurseri

    July 24, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.