Sekiranya anda, beginner, sedang mencari DIY menyeronokkan, mudah dan kos efektif, lihat ubahsuai pendiangan jubin marmar outdated di ruang tamu ini. Memerlukan pengubahsuaian segar, jubin peel-and-stick cara pantas meningkatkan ruang. Tiada penanggalan, ia asasnya stiker tebal yang kelihatan seperti jubin dengan garisan grout tiruan. Ia boleh mewujudkan kepingan feature baru yang mengagumkan untuk rumah.
Sebelum
Marmar beige tidak kena dengan seluruh dekorasi.
Bahan-bahan:
- Pisau utiliti
- Larutan pencuci
- Tuala kertas
- Pembaris
- Level
Langkah-langkah DIY Ubahsuai Pendiangan
Bersihkan dengan baik permukaan ingin diletakkan jubin agar pelekatnya melekat. Pencuci serbaguna asas dan tuala kertas digunakan. Pastikan permukaan kering.
Letakkan pada jubin mendatar atas. Potongkan kepingan jubin yang muat antara mantel dan logam sebagai panduan memuatkan kepingan selebihnya. Terbalikkan jubin atas jubin sedia ada. Permukaannya agak melekit, membantu mengambil ukuran. Top jubin seharusnya ‘duduk sekata’ ke mantel.
Pastikan level pembaris sekata ke besi hitam. Gariskan melintang menggunakan pensel/highlighter agar lurus.
Selepas menanda jubin, pastikan bilah pisau segar. Kotak kadbod bawah jubin melindungi lantai. Pegang level ke garisan. 1 tangan menahannya agar kekal di tempatnya, 1 tangan lagi menggunakan tekanan berat/kuat sekata dengan pisau merentasi garisan, memastikannya dipotong dengan betul.
Tanggalkan stiker belakang jubin. Lekatkan. Mulakan dengan 1 kepingan. Ikut langkah sehingga dipotong, diukur dan dilekatkan sebelum memulakan kepingan lain, memastikan setiap kepingan tepat.
Bahagian menegak menggunakan kaedah sama (tanda, potong, lekat), dari atas ke bawah.
Hasil DIY Ubahsuai Pendiangan Menggunakan Jubin Peel & Stick
Sekiranya tiada pendiangan dan sedang mencari untuk membinanya pada dinding kosong, lihat tutorial DIY pendiangan elektrik ini.
Kredit: Hana’s Happy Home
Facebook
RSS