Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Rumah Idaman»Elakkan 5 Tabiat Ini Supaya Rumah Tidak Kekal Kotor Setiap Kali Membersih
    Rumah Idaman

    Elakkan 5 Tabiat Ini Supaya Rumah Tidak Kekal Kotor Setiap Kali Membersih

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDNovember 16, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Nak membersihkan rumah pun perlu ada caranya, kerana kebersihan merupakan antara faktor kesejahteraan dan mencerminkan peribadi penghuni rumah. Mungkin ada di antara anda yang mempunyai salah satu atau semua tabiat ini. Sekiranya ya, anda perlu mengelakkannya supaya rumah tidak menjadi kotor setiap kali anda melakukan pembersihan.

    1. Menghancurkan lipas selepas membunuhnya

    VIEW IN GALLERY

    Terdapat sesetengah orang yang akan menghancurkan lipas selepas membunuhnya dengan racun serangga. Sebenarnya, ini boleh mengotorkan lagi rumah kerana berkemungkinan terdapat anggota badannya yang masih tersisa dan tak dibuang disebabkan kita tidak perasan. Tambah teruk, ia boleh menarik lagi banyak lipas untuk datang.

    2. Menggunakan rotan bulu ayam, atau yang sejenis dengannya untuk membersihkan habuk

    VIEW IN GALLERY

    Sekiranya habuk dibersihkan menggunakan rotan bulu ayam atau yang sejenisnya, ia hanya akan menyebarkan lagi habuk-habuk ke seluruh ruang, menyebabkan perabot yang berdekatan serta lantai semakin kotor. Sebaiknya gunakan kain lap basah untuk membersihkan habuk.

    3, Terus meletakkan berus tandas ke dalam bekasnya selepas selesai mencuci

    VIEW IN GALLERY

    Sekiranya kita terus meletakkan berus tandas yang masih basah ke dalam bekasnya, ini akan menyebabkan kotoran air berkumpul di dalam bekas itu, sekaligus menyebabkan tandas berbau busuk dan menarik lipas. Selepas habis mencuci tandas, biarkan dahulu berus di luar sehingga kering.

    4. Menggunakan kain lap yang sama di permukaan yang berlainan

    VIEW IN GALLERY

    Ramai antara kita lebih cenderung untuk menggunakan kain lap yang sama sewaktu membersihkan apa-apa sahaja permukaan. Tetapi cara ini boleh menyebabkan kotoran dan kuman merebak ke tempat-tempat lain. Oleh itu, pastikan menggunakan kain lap yang berbeza untuk membersihkan permukaan yang berlainan.

    #5 Menggunakan pencuci baju yang salah

    VIEW IN GALLERY

    Anda perlu menggunakan pencuci baju yang betul mengikut jenis mesin basuh. Ini kerana mesin basuh muatan depan dan muatan atas mempunyai perbezaan yang tersendiri. Jika bahan pencuci biasa, ia menghasilkan busa yang banyak dan tidak boleh dibilas dalam mesin basuh muatan depan yang menggunakan lebih sedikit air, berbanding mesin basuh muatan atas. Ini mungkin boleh menyebabkan sisa sabun merosakkan drum mesin basuh dan meninggalkan sisa pada pakaian.

    idea membersihkan rumah tips elak rumah kotor tips rumah bersih
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article9 Aksesori Dapur Yang Membantu Urusan Para Isteri Dan Ibu Di Dapur
    Next Article Deko Bilik Tidur Anak Lelaki Bertemakan Dinosaur. Kejutan Dari Ibu!

    Related Posts

    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    Deko Rumah 2 Tingkat Berkonsepkan Klasik Moden Dengan Tema Putih & Neutral

    February 16, 2023

    Dekorasi Rumah Subsale Semi-D, Dari Terbiar 4 Tahun Kini Jadi Rumah Impian

    February 13, 2023

    Dari Minat, Lelaki Ini Bina Sendiri Rumah Dari Kayu Terbuang & Tempatan

    September 2, 2022

    Renovasi Rumah Teres 2 Tingkat Kepada Konsep Simple & Minimalis Moden

    December 19, 2021

    Lelaki Kongsi Pembinaan Rumah Untuk Ibu Ayah, Impian Waktu Kecil Kini Tercapai

    December 9, 2021

    Comments are closed.




    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.