Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • DIY
      • Viral
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Bilik air»Hanya Guna Cat, Ini Cara Ubahsuai Tandas Lama Jadi Baru Dengan Bajet Rendah
    Bilik air

    Hanya Guna Cat, Ini Cara Ubahsuai Tandas Lama Jadi Baru Dengan Bajet Rendah

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDOctober 10, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Bajet sedikit untuk mengubahsuai tandas lama? Ingin menukar jubin baru, tetapi menelan kos yang agak tinggi? Dengan kos hanya di bawah RM 200, tandas yang dahulunya malap, kini jadi berseri kembali menggunakan cat sahaja. Di bawah ini adalah sedikit perkongsian mengenai apa yang harus dilakukan untuk proses cat ini.

    VIEW IN GALLERY

    Sebelum dan Selepas Ubahsuai Tandas Cara Bajet Menggunakan Cat

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Caranya:

    Pastikan tandas dibersihkan terlebih dahulu sehingga jubin benar-benar kering.

    LANGKAH 1 – Undercoat

    Sapukan Primer/Hycote 51WT (Primer + Hardener) seeloknya dalam 1 lapisan sahaja dan rata. Fungsinya supaya top coat akan melekat dengan kuat, tahan lebih lama dan sukar untuk tertanggal. Tunggu ianya benar-benar kering (minima 8 jam).

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    LANGKAH 2 – Top Coat

    Sapukan Protective Coatings/EA4 Finish (dicampurkan bersama Hardener) seeloknya dalam 2 lapisan supaya ianya tebal dan lebih tahan. Biarkan selama 16 jam untuk kering.

    Selepas selesai kedua-dua langkah, tunggu sehingga benar-benar kering sebelum ianya boleh digunakan.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Peringatan:

    – Sesudah bancuh, cat perlu dihabiskan dalam tempoh sejam. Jika tidak, ia akan mengeras atau membeku

    – Pastikan memakai pelitup muka disebabkan bau kimianya. Tambahan pula sekiranya dilakukan dalam ruang yang sempit. Bimbang boleh memberi kesan yang tidak diingini pada kesihatan

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Kepada anda yang mempunyai tangan yang berseni, boleh melukis corak pada jubin mengikut kreativiti masing-masing.

    Semoga bermanfaat buat anda yang memerlukan. Selamat mencuba!

    Kredit: Ahmad Aqari

    idea ubahsuai guna cat Idea ubahsuai tandas ubahsuai tandas bajet rendah
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleHasil Dekorasi Sendiri Ruangan Kedai Guna Rumput Karpet Ala ‘Green Wall’
    Next Article Hasil Dekorasi Sebuah Homestay Di Pulau Pinang Guna 90% Barangan IKEA

    Related Posts

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    DIY Deko Bilik Kanak-Kanak Lelaki Konsep Industrial Dengan Accent Kayu & Logam

    July 26, 2023

    Ubahsuai Dapur Kecil Melalui Reka Bentuk Layout Yang Betul. Kini Cerah & Moden!

    July 26, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.