Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Bilik Tidur»Hasil Deko 2 Buah Bilik Tidur Guna Bajet Yang Rendah Je
    Bilik Tidur

    Hasil Deko 2 Buah Bilik Tidur Guna Bajet Yang Rendah Je

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDAugust 5, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Terdapat ramai di antara kita yang sangat gemar mendeko sehingga ada yang menjadikannya sebagai sebuah kerjaya ataupun hobi. Sekiranya kita mempunyai minat dan kesungguhan, kita tidak akan pernah berasa letih untuk mendeko setiap ruang yang ada mengikut kemampuan bajet. Walaupun hanya dengan bajet yang rendah, sesiapa pun boleh menghasilkan dekorasi yang sama cantiknya dengan bajet yang tinggi. Nur Diyana telah membuktikan perkara ini dengan berkongsi hasil deko yang telah dilakukannya ke atas 2 buah bilik tidur.

    2 buah bilik tidur ini merupakan hasil kerja yang telah dipelajarinya selama 2 tahun, sewaktu dia masih bergelar seorang pelajar. Semuanya hanya menggunakan bajet yang murah bermula dari DIY sendiri peralatan, cat, beli dan memasang perabot dan hiasan. Barang-barang pula akan dibeli sedikit demi sedikit sebelum memulakan setiap projek deko memandangkan status pelajarnya waktu itu. Walaupun baginya hasil deko ini tidak semewah yang lain, tetapi keselesaan dan kekemasan itu yang dititikberatkannya.

    BILIK PERTAMA

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Cat dinding jenama Jotun kod 4224 warna Royal Blue dan jenama Acri Star kod warna Silver Grey. Dia memilih tema biru kerana kelihatan lebih maskulin memandangkan penghuni bilik ini merupakan tunangnya. Langsir berharga RM 70 sekeping dari Kaison dan tirai putih jenama Lill berharga RM 14+ dari IKEA.

    VIEW IN GALLERY

    Cermin dari Kaison dan meja dari IKEA. Kedua-duanya bejumlah RM 30.

    VIEW IN GALLERY

    Almari tidak diletakkan kerana penghuninya jarang pulang. Oleh itu, tempat letak pakaian digantikan dengan rak penyangkut. Rak jenama Mulig berharga RM 19.90 dari IKEA dan hanger dari kedai Eco. Frame pula berharga RM 10 dari Dekko.

    BILIK KEDUA

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Wallpaper dari Kaison. Pokok dari pasaraya Cowboy manakala pasu menggunakan tong sampah.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Balang dari kedai Eco untuk mengisi bahan masakan, dan tali jute dililit di sekeliling penutup luar.

    Kredit: Nur Diyana

    idea deko bilik tidur simple tapi kemas tips bajet murah
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDisangka Resort, Rumah Kampung Tepi Sawah Ini Memukau Mata
    Next Article DIY Pokok Pisang Hiasan Guna Barang RM 2 Je

    Related Posts

    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Comments are closed.




    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.