Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Dekorasi»Disangka Resort, Rumah Kampung Tepi Sawah Ini Memukau Mata
    Idea Dekorasi

    Disangka Resort, Rumah Kampung Tepi Sawah Ini Memukau Mata

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDAugust 5, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.
    Alangkah indahnya sekiranya kita mendapat peluang untuk tinggal di kawasan yang jauh daripada hiruk-pikuk di bandar. Seperti yang sedang dilalui oleh saudara Mazlan Zain ini yang kini menetap di sebuah rumah kampung yang terletak di Kampung Kota Giam, Jitra, Kedah bersama isteri dan anak-anaknya. Apa yang lebih menarik, rumah yang berusia 14 tahun dan berkeluasan 5000 kaki persegi ini dibina di tepi sawah menghadap Bukit Malau. Ditambah dengan ruang sekitar rumah yang berkonsepkan tropikal Bali moden, pasti akan membuatkan kita menyangka ia adalah sebuah resort.
    Rumah ini dibina atas tanah sendiri yang berkeluasan 30,000 kaki persegi yang dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan hijau. 2 buah wakaf juga dibina untuk dijadikan ruang bersantai sambil melihat pemandangan di tepi sawah. Untuk ruang dalam rumah pula, 90% menggunakan perabot lama dan terpakai yang telah dikumpul sejak tahun 1995. Tambahnya, memandangkan rumah yang sedikit terpencil, dia tidak memasang langsir kecuali dalam bilik tidur.
    VIEW IN GALLERY
    VIEW IN GALLERY
    VIEW IN GALLERY
    • Kerusi merah dibeli dari kedai RJ Noor Antique & Collection
    • Balang lutsinar dibeli pada tahun 2010 di SSF
    • Tempayan tu dicat spray warna Clear
    • Dulang dari kedai Eynaleemaria, Seremban yang dipaku pada dinding. Terdapat banyak lagi pilihan yang cantik dan murah
    VIEW IN GALLERY
    • Kaki mesin jahit dibeli dari seller FB iaitu ‘Puan Lela’ di Shah Alam
    • Perabot-perabot terpakai dahulunya dibeli secara online dari Johor. Kini, kebanyakannya dari Seremban dan Kuala Pilah
    • Lampu chandelier dari kedai CK Lighting, Alor Setar
    • Jubin jenama White Horse
    VIEW IN GALLERY
    Menurut tuan rumah, perabot kayu paling senang untuk dijaga kerana hanya perlu dilap menggunakan tuala lembab sekiranya berhabuk.
    VIEW IN GALLERY
    VIEW IN GALLERY
    VIEW IN GALLERY
    Meja terpakai dibeli di Penang sewaktu 2008. Ia dicat semula dan disapu varnis, kemudian dihias dengan tempayan kecil yang diikat bersama kayu manis.
    Kredit: Mazlan Zain
    deko rumah menarik guna perabot terpakai idea deko rumah
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleBina Ruang Untuk Tetamu Dalam Rumah Demi Privasi Tuan Rumah
    Next Article Hasil Deko 2 Buah Bilik Tidur Guna Bajet Yang Rendah Je

    Related Posts

    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.