Tak tahu nak buat apa dengan ruang dinding yang kosong? Nak menghiasnya dengan hiasan mewah tetapi bajet tak berapa ada? Anda boleh mendapatkan hasil yang mewah jika mencuba idea DIY mirror wall ini. Haryati Kamal dan suaminya telah membuktikan bahawa dekorasi rumah pun boleh nampak mewah hasil dari menggunakan barang-barang murah. Disebabkan bajet mereka juga biasa-biasa sahaja, mereka bertindak men-DIY sendiri sahaja mirror wall ini. Apabila melihat hasilnya, mereka berasa sangat berbaloi dan hilang segala keletihan sepanjang proses DIY ini.
Peralatan yang digunakan adalah:
– Kayu berharga RM 4.50 sebatang berukuran 10 kaki dari kedai hardware
– Cermin berharga RM 10.50 sekeping bersaiz 1 x 1.5 kaki dari Mr. DIY
– Gam dari Mr. DIY
Inilah hasil DIY mirror wall cara bajet tetapi nampak grand dan mewah hasil usaha pasangan suami isteri ini.
Tampal kayu menggunakan gam kayu.
Cermin ditampal dengan meletakkan gam dan double tape yang jernih.
Jarak antara kayu dan cermin adalah dalam 2 inci. Untuk membahagikan petak-petak kayu, perlu lihat pada saiz cermin kemudian tentukan bilangan cermin yang ingin diletakkan kerana keluasan petak-petak itu bergantung kepada saiz cermin.
Cat undercoat dahulu.
Cat jenama Nippon Paint kod warna Genteel OW 1088 P.
Tutup dahulu cermin dengan kertas A4. Selepas sudah betul-betul kering, baru boleh tanggalkan kertas tersebut. Jika tidak, cat akan melekat pada frame.
Semoga idea DIY ini memberi inspirasi buat anda yang sedang mencari idea untuk menghias dinding rumah dengan cara bajet tetapi masih nampak mewah.
Kredit: Haryati Kamal