Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • DIY
      • Viral
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»DIY»Hasil Kreativiti Guna Barang-Barang Kedai Eco. Modal Hanya RM 8.40!
    DIY

    Hasil Kreativiti Guna Barang-Barang Kedai Eco. Modal Hanya RM 8.40!

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJanuary 12, 2021No Comments1 Min Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Kedai Eco yang semakin popular kini bukan hanya setakat menjual barang-barang aksesori yang murah tetapi juga dengan barang-barang tersebut, kita dapat menghasilkan sendiri dekorasi rumah tanpa perlu membeli di kedai-kedai yang sudah tentu harganya lebih mahal. Idea Qynn Shikin ini boleh anda cuba kerana langkahnya yang sangat mudah dan menjimatkan masa. Hanya menggunakan barang-barang dari kedai Eco, dia menghasilkan sebuah aksesori cermin dengan modal hanya RM 8.40! Inilah hasil berjimat dan kreativiti yang nampak kecil tetapi memberikan kepuasan yang besar.

    VIEW IN GALLERY

    Cekak rambut ini mempunyai 3 keping dalam satu bungkus. Qynn menggunakan sebanyak 10 keping untuk ukuran cermin muka dari kedai Eco bersaiz 8 inci.

    VIEW IN GALLERY

    Cantumkan 5 keping dahulu menggunakan gam panas. Buat sebanyak 2 set.

    VIEW IN GALLERY

    Tindihkan kedua-dua set dan gamkan. Kemudian, kemaskan.

    VIEW IN GALLERY

    Spray cat mengikut warna yang anda sukai. Qynn hanya menggunakan warna yang sedia ada untuk mengelakkan pembaziran.

    VIEW IN GALLERY

    Apabila cat sudah kering, tampalkan cermin. Gam pada kelilingnya dan kemaskan. Ring di luar cermin itu menggunakan ring rotan sangkar burung terbuang.

    HASILNYA

    VIEW IN GALLERY

    Tak susah pun kan untuk berjimat. Orang yang kurang rajin pun boleh buat kerana mengambil masa yang sangat singkat dan hasilnya seperti dibeli di kedai. Jadi, jangan lupa untuk mencuba!

    Kredit: Qynn Shikin

    deko jimat dari barang eco idea diy idea diy cermin
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDeko Bilik Tidur Yang Kecil Tanpa Almari Pakaian Dengan Tema Biru
    Next Article Projek Hujung Minggu: Hias Sudut Dinding Untuk ‘Showcase’ Gubahan Bunga

    Related Posts

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    DIY Deko Bilik Kanak-Kanak Lelaki Konsep Industrial Dengan Accent Kayu & Logam

    July 26, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.