Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Bilik air»Idea Deko Bilik Air Simple Tapi Dah Macam Bilik Air Hotel
    Bilik air

    Idea Deko Bilik Air Simple Tapi Dah Macam Bilik Air Hotel

    RishdanBy RishdanJuly 12, 2019Updated:November 20, 2020No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Hiasan dalaman sesebuah rumah tidak akan lengkap jika bilik air tidak diberi sentuhan deko seperti mana ruang lain. Ada banyak cara deko bilik air agar jadi lebih cantik tanpa guna kos yang besar untuk buat major renovasi. Antaranya adalah dengan menukar mozek bilik air, cat dinding atau tukar peralatan tandas. Dalam edisi hias kali ini kami ingin kongsikan bagaimana gadis ini deko bilik air simple tapi ala-ala tandas hotel.

    Cara Deko Bilik Air Simple Macam Bilik Air Hotel

    Jom kita baca “pengalaman” Fatin Amierah makeover tandas macam bilik air hotel . Boleh rujuk gambar sebelum deko dan selepas deko bilik air di bawah.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    1. Makeover dinding bilik air

    Untuk jimatkan kos tidak perlu tukar tile bilik air. Untuk dinding , pergi kedai cat cakap nak beli cat khas untuk tiles , brand NIPPON EPOXY . Beli dua color. Nak guna cat lantai buat corak2 camtu pun boleh takde masalah. 1 Liter , RM70++. Fatin pakai 2 liter.

    2. Border dinding bilik air !

    Border ? Alaaaa yg corak kotak-kotak kat dinding tu .. Tu wallpaper je .. Kalis air eh . Beli kat GM KLANG, RM25 10meter. Seller yang jual online pun banyak . Cari je k , mesti ada .

    3. Rak Shampoo Bilik Air

    Rak shampoo sebagai aksesori bilik air boleh di beli di lazada je .. Search shampoo rack . Mesti keluar. Dan drill sendiri . Kos rak shampoo lebih kurang RM40 sahaja.

    4. Cermin & Kabinet Sinki Bilik Air.

    Pergi kedai barangan toilet cari yang dah siap set2 camni . Lebih jimat . Satu set RM399 . Drill sendiri .

    5. Pokok bunga hiasan Bilik Air

    Pokok bunga hiasan bilik air boleh dibeli di Kaison , ikea, ssf. Semua ada yang jenis macam dalam gambar . Harga untuk satu pokok bunga tak sampai RM20 .

    6. Lantai Bilik Air

    Lantai bilik boleh panggil kontraktor ubahsuai lantai buat . Cuba search ‘Epoxy Flake Coating’ kat fb . Mesti jumpa kontraktor yang boleh buat epoxy flake coating . Fatin design sendiri dan bagi kat dia . Harga lantai epoxy flake coating ialah RM950 .

    7. Lampu Bilik Air

    Akhir sekali tukar lampu bulb tu kepada warna warm light untuk jadikan bilik air nampak lebih mewah.
    Okay… Itu je yang mampu .Takat nak ubah penampilan bilik air macam ala-ala hotel . Tidak perlu habis sampai 5-6 ribu untuk tukar tiles bilik air . Takat mana boleh jimat , kita jimat – Diy tandas.

    Kredit : Fatin Amierah.

    Baca juga : 7 Corak Menarik Tile Bilik Air Moden

    deko bilik air design tandas kecil diy tandas tiles untuk tandas
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article15 Soalan Lazim Tentang DIY Wainscoting Terjawab!
    Next Article DIY Rak Buku Jadi Kabinet Dapur

    Related Posts

    Pembinaan Bilik Air Baru Melalui Renovasi Bilik Ruang Bawah Tanah Yang Mesra Bajet

    July 23, 2023

    Panduan Cara Cat Ruang Interior Kecil Untuk Transformasinya. Apa Perlu Dilakukan?

    July 12, 2023

    Ubahsuai Bilik Air Utama Retro Yang Menjemukan Jadi Indah, Berfungsi & Bergaya

    July 11, 2023

    Ubahsuai Bilik Air Utama Dengan Gabungan 2 Bilik Air. Lebih Banyak Fungsi & Storan

    June 27, 2023

    DIY Simple Pencuci Grout Jubin Dengan 4 Bahan. ‘Resipi’ Homemade Paling Efektif

    June 12, 2023

    Ubahsuai Bilik Air 2 Kanak-Kanak Perempuan Ini Neutral Dengan Pop Pink & Bunga

    May 11, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.