Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • DIY
      • Viral
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Dekorasi»Idea Deko Laman Rumah Yang Comel Dan Ceria
    Idea Dekorasi

    Idea Deko Laman Rumah Yang Comel Dan Ceria

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDAugust 11, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Apa yang lebih menenangkan selain daripada sekeliling kawasan rumah yang dipenuhi tanaman-tanaman bunga dan tumbuh-tumbuhan pokok yang segar dan menghijau? Apatah lagi kalau didekorasi dengan hiasan-hiasan yang comel dan menarik, pasti akan menjadi perhatian orang yang lalu-lalang dan para tetamu. Ini yang dilakukan oleh seorang surirumah yang menggunakan nama Sha Sha dalam akaun Facebooknya. Rumah teres yang terletak di Johor Bahru ini dihiasi dengan pelbagai tanaman pokok dan dekorasi di sudut kanan halaman luar rumah, hasil idea dan sentuhan oleh Puan Sha dan suaminya.

    VIEW IN GALLERY

    Ceritanya, idea itu terhasil daripada penemuan-penemuan yang menarik perhatiannya sewaktu keluar berjalan-jalan dan seterusnya akan mencubanya pada taman mini rumah mereka. Dia juga sering melihat-lihat majalah untuk mendapatkan idea baru yang unik untuk lamannya, selain daripada menjadikan laman rumah rakan-rakannya sebagai inspirasi.

    VIEW IN GALLERY

    Bukan sahaja suaminya yang rajin membantu, malah anak-anaknya juga akan turut sama ‘turun padang’ untuk menjaga, mengemas dan menyusun atur laman rumah pada waktu lapang mereka.

    VIEW IN GALLERY

    Pokok-pokok yang terdapat di laman rumah ini semuanya dibeli dari kedai-kedai pokok bunga. Menurut Puan Sha, untuk memastikan pokok-pokok ini kekal segar dan berbunga, dia akan memberi baja seminggu sekali dan menyiram mereka 2 kali sehari. Tanah juga perlu digemburkan dan ditambah (jika tanah kurang) sebelum meletakkan baja.

    VIEW IN GALLERY

    Walaupun rumahnya mempunyai ruang halaman luar yang kecil, namun itu tidak menghalangnya untuk membina sebuah taman mini yang menjadi terapi jiwa buat dia sekeluarga. Malah, kreativiti laman mereka turut menarik perhatian dan pujian orang-orang yang melihatnya.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Kredit: Sha Sha

    idea deko comel idea deko laman inspirasi deko laman rumah
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleIdea Ruang Balkoni Rumah Jadi Tempat Bersantai
    Next Article Jemu Dengan Sarung Wingchair Yang Sama? Cuba Idea DIY Ini

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.