Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • DIY
      • Viral
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Dekorasi»Idea Deko Rumah Konsep Minimalis Agar Mudah Kemas
    Idea Dekorasi

    Idea Deko Rumah Konsep Minimalis Agar Mudah Kemas

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJuly 26, 2020Updated:July 26, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Setiap orang mempunyai keinginan yang berbeza dalam menentukan dekorasi pada rumah mereka. Biar minimalis mahupun sarat dengan aksesori, apa yang lebih diutamakan adalah kepuasan dan keselesaan penghuni rumah itu sendiri. Begitu juga dengan pengguna Facebook dengan nama ‘Noor Krlc’ ini yang lebih cenderung kepada ruang rumah yang berkonsepkan minimalis. Menurutnya, biar rumah kelihatan ‘kosong’ tanpa perabot yang banyak dan mahal, asalkan ianya berkualiti dan tidak perlu menanggung beban hutang. Memilih warna tema putih dan grey, dia membeli barang-barang rumah secara berperingkat untuk mengelakkan perbelanjaan duit yang terlalu banyak. Apa yang penting bagi Puan Noor adalah simple dan kekemasan dalam rumah.

    VIEW IN GALLERY

    Tuan rumah tidak menetapkan tema pada ruang tamu tetapi mereka gemar menggunakan kabinet yang berwarna putih untuk ruang kelihatan lebih besar, memandangkan ruang tamu ini kecil sahaja.

    • Kabinet TV jenama Byas berharga RM 399 dari IKEA (160 x 42 x 45 cm).
    • Lampu jenama Alang berharga RM 199 dari IKEA
    • Karpet berharga RM 460 dari kedai Prima Nilai
    • Pokok skybird dari Valoobuy Shah Alam
    • Pasu berharga RM 48 dari Kaison
    • Frame atas kabinet bersaiz sederhana berharga RM 38 (termasuk postage) dijual oleh tuan rumah sendiri

    VIEW IN GALLERY

    Ruang makan ini diletakkan berdekatan ruang tamu. Pada asalnya, meja makan hanya ada 1 tetapi ditambah lagi 1 termasuk kerusi.

    • Pokok jenis berjuntai dari IKEA
    • Kerusi berharga RM 50 sebuah dari kedai Murah Seksyen 27 Shah Alam
    • Meja dari IKEA
    • Karpet berwarna light grey dari IKEA

    VIEW IN GALLERY

    Bilik tidur utama yang bertemakan hitam dan putih. Terdapat juga laci 4 tingkat dalam bilik ini. Almari baju diletakkan di bilik tengah yang merupakan bilik pakaian kerana tidak mahu ruang bilik utama ini dipenuhi terlalu banyak barang.

    • Cadar jenama Akemi dari Jusco
    • Katil bersaiz King jenama Leivrik dari IKEA
    • Langsir dari IKEA
    • Meja jenama Vittsjo berharga RM 149 dari IKEA (100 x 36 cm)
    • Sarung bantal dari Romantika
    • Cermin berharga RM 37 dari Mr. DIY
    • Lampu bercorak heels dari Kaison
    • Alas meja dari IKEA

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Lampu dari Romantika. Terdapat juga di Kaison berharga RM 7 lebih.

    VIEW IN GALLERY

    Apabila kebanyakan para isteri lebih suka memakai kabinet dapur, tuan rumah ini memilih untuk menggunakan rak saja untuk menyimpan barang-barang kerana mahu mengekalkan deko yang simple. Tambahan pula, ruang dapur yang simple memudahkan tuan rumah untuk mengemas dan mencuci dapur.

    • Meja jenama Linnmon/Adils berharga RM 99 dari IKEA (100 x 60 cm)
    • Rak hitam jenama Lerberg dari IKEA

    VIEW IN GALLERY

    Kredit: Noor Krlc

    idea deko rumah konsep minimalis tips mudah kemas
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleSuka Bereksperimen, Ini Hasil Transformasi Berbeza Ruang TV
    Next Article Wanita Ini Kongsi Tips Jika Ingin Deko Rumah Sewa

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Idea Warna Cat Hijau Biru Yang Cantik Untuk Dinding. Boleh Dicuba Di Rumah!

    July 28, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.