Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Dekorasi»Wanita Ini Kongsi Tips Jika Ingin Deko Rumah Sewa
    Idea Dekorasi

    Wanita Ini Kongsi Tips Jika Ingin Deko Rumah Sewa

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJuly 27, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.
    Pelbagai pertanyaan dan luahan daripada sesetengah orang yang tinggal di rumah sewa berkenaan dekorasi dalam rumah mereka. Perasaan bimbang untuk mendeko rumah hadir disebabkan anggapan bahawa rumah sewa hanya untuk diduduki dalam tempoh waktu tertentu. Oleh itu, mereka terpaksa mengabaikan hasrat untuk melihat suasana rumah yang dipenuhi dengan dekorasi yang diidamkan. Namun, perkara itu tidak mustahil sekiranya anda mengikuti tips-tips yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook ini iaitu Khairunnisa Hamzah.
    Menurutnya, sudah 9 kali dia berpindah dari satu rumah ke satu rumah sewa, dan setiap rumah itu dihias dan dideko dengan sebaiknya. Hal ini kerana dekorasi mampu memberikan aura dan mood yang positif kepada penghuni rumah walaupun dengan deko yang paling simple. Berdasarkan pengalaman ini lah, dia menjawab segala pertanyaan yang timbul yang diharapkan membantu golongan penyewa yang sedang berada dalam dilema.
    VIEW IN GALLERY
    Sebelum menyewa:
    1. Lihat lokasi rumah terlebih dahulu.
    2. Sekiranya suka dengan persekitaran, ada kemudahan dan kejiranan yang baik, boleh diusahakan untuk mencari rumah sewa dengan melihat iklan di Internet atau bertanya pada jiran-jiran.
    VIEW IN GALLERY
    Semasa perbincangan:
    3. Minta izin dengan tuan rumah untuk mendekorasi rumah.
    4. Duit deposit boleh digantikan dengan kos untuk membaikpulih rumah tetapi perlu mendapat persetujuan daripada tuan rumah dahulu.
    5. Selesaikan semua hal atau pertanyaan berkaitan rumah dengan tuan rumah sebelum menurunkan tandatangan atas kertas perjanjian sewa.
    VIEW IN GALLERY
    Semasa duduk menyewa:
    6. Jaga rumah supaya sentiasa dalam keadaan baik.
    7. Tunjukkan hasil penjagaan rumah yang baik supaya tiada masalah untuk menguruskan hal-hal lain pada masa akan datang.
    8. Puan Nisa meminta untuk dipotong duit sewa bulanan supaya dapat membina dapur dan memasang kabel optik Internet yang ditarik dari jalan masuk.
    VIEW IN GALLERY
    Selepas habis tempoh menyewa:
    10. Minta tuan rumah untuk melihat keadaan rumah, dan sekiranya dia berminat dengan dekorasi dan rupa rumah itu, boleh cadangkan padanya untuk dibuat homestay atau duduk sendiri.
    11. Pastikan setiap barang dan dekorasi mempunyai fungsinya dalam rumah supaya kita tidak perlu membawa keluar mereka. Ini kerana setiap rumah berbeza suasananya.
    VIEW IN GALLERY
    Deko rumah sewa yang selalu dibuat oleh Puan Nisa:
    – Menggunakan bahan industri seperti kayu pallet, batu-bata merah dan simen kasar.
    – Menggunakan perabot yang berkualiti atau dari kedai perabot terpakai yang masih berkeadaan baik.
    – Hiasan dan dekorasi yang unik dan mempunyai karakter tersendiri yang dibuat khas hasil dari kunjungan ke kedai-kedai dekorasi.
    VIEW IN GALLERY
    Kredit: Khairunnisa Hamzah
    idea deko rumah tips duduk rumah sewa ubahsuai rumah sewa
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleIdea Deko Rumah Konsep Minimalis Agar Mudah Kemas
    Next Article Guna Barang Kedai RM 2.10 Je Buat Rak Letak Barang Dapur

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.