Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Dekorasi»Idea Deko Rumah Yang Simple Tapi Cantik
    Idea Dekorasi

    Idea Deko Rumah Yang Simple Tapi Cantik

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJuly 2, 2020Updated:September 21, 2023No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Apabila nak mula mendeko ni pasti ramai yang pening kepala kerana tidak tahu deko yang bagaimana nampak menarik untuk rumah kita. Bab deko ni memang memerlukan rujukan dan contoh daripada pelbagai sumber agar idea yang menepati citarasa dapat diambil. Jika inginkan contoh idea deko rumah simple dan cantik, boleh baca artikel ini yang dikongsikan oleh Puan Azyyati Liah yang boleh digunapakai tidak kira jenis rumah.

    Menerusi laman blognya, Puan Azyyati sekadar mahu berkongsi idea dekorasi rumah teresnya yang nampak simple dan berkonsepkan minimalis tetapi memberi impak seri kepada ruang dalaman rumah. Dia kerap kali mengunjungi pasaraya seperti Homedec, Home & Living, Home Harmony dan sebagainya untuk mengambil inspirasi deko rumahnya sendiri selain daripada melihat rumah-rumah contoh oleh interior designer.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Bilik tidurnya bertemakan warna putih untuk menampakkan ruang bilik yang lebih luas, ini termasuklah katil, cadar, meja sisi dan almari. Yang penting, bilik tidur haruslah bersih, selesa dan berbau segar kerana ianya tempat untuk kita merehatkan minda dan fizikal.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Ruang makan ini bersebelahan dengan ruang tamu dan untuk mewujudkan ilusi ruang makan yang luas, dia bertindak kreatif dengan meletakkan cermin yang mengandungi kotak Duckscarves yang diaturnya sendiri. Manakala kerusi di ruang makan berwarna ungu untuk menyuntikkan elemen moden di situ.

    VIEW IN GALLERY

    Meja TV di ruang tamu dihiasi dengan koleksi pasu mini yang dikumpul oleh tuan rumah ketika melancong ke luar negara. Menurutnya, mengumpul pasu telah menjadi hobi mereka kerana selain untuk diabadikan sebagai kenangan, ia menunjukkan identiti sesebuah negara yang dilawati melalui ukirannya yang unik.

    VIEW IN GALLERY

    Dapurnya juga mempunyai konsep yang sama iaitu putih. Untuk ruang ini, Puan Azyyati mengambil kontraktor khas iaitu Signature Kitchen yang bertanggungjawab dalam susunan dan lokasi perabot dapur. Kabinet dapur jenis cecah siling adalah untuk mengelakkan habuk berkumpul di atasnya. Selain itu, ruang kabinet yang luas dan banyak menjadi tempat simpanan peralatan dapur seperti pengisar, mixer, periuk belanga dan yang lain. Jadi, ruang di atas dapur menjadi jimat dan kelihatan kemas.

    Baca juga : Deco simple rumah kondominium

    Kredit: Azyyati Liah

    idea deko menarik sesuai untuk semua jenis rumah simple dan minimalis
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleIdea Deko Rumah Kecil Dengan Ruang Terhad
    Next Article Nak Deko Rumah Tema Putih Untuk Rumah Pertama? Boleh Cuba Ni

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.