Idea Deko Rumah Kecil Dengan Ruang Terhad – Nak buat macam mana ya kalau ruang rumah kita nampak kecil? Takkan nak pindah rumah lain pula kalau rumah sekarang sudah dibeli dengan hasil titik peluh sendiri. Jangan buat sesuatu keputusan yang boleh merugikan diri sendiri tetapi berfikirlah secara bijak untuk mengatasi masalah ini.
Ambil idea daripada seorang wanita ini iaitu Watiey Abdullah yang berjaya mengubah rumahnya yang kecil kepada lebih menarik. Tetamu datang pun tak perasan dengan ruang rumah yang terhad kerana lebih berminat dengan dekorasi dan hiasan dalam rumah tersebut. Puan Watiey hanya merujuk contoh-contoh deko rumah kecil dari internet untuk merealisasikan konsep rumah yang dirancangnya bersama suami.
Dia juga ada memberi sedikit tips untuk mendeko rumah kecil, menurutnya, konsep rumah perlu dibincangkan terlebih dahulu bersama pasangan agar tidak ada pembaziran ketika proses membeli barang. Apabila sudah mencapai kata sepakat, tetapkan bajet mengikut keperluan konsep rumah yang telah dibincangkan.
- Barang elektrik dari House Of Lighting, Puchong
- Perabot dari IKEA dan Lazada
- Dekorasi dari IKEA, Kaison dan Mr. DIY
- Meja makan (custom) dari IG @stuck_wood_by_akubotak
- Katil pallet (custom) dari Pine Pallet by Al-Siddiq
- Lantai vinyl dari Al-Aqsa Carpet
- Wallpaper dari Korea Wallpaper
- Hard pipe / Dark oak solid wood loft dari DIY Mart
Baca juga : Idea Dekorasi Ruang Tamu Memanjang
Kredit: Watiey Abdullah