Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • DIY
      • Viral
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Dekorasi»Hasil Deko Berbakat Rumah Pertama Si Bujang
    Idea Dekorasi

    Hasil Deko Berbakat Rumah Pertama Si Bujang

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJuly 20, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Memiliki rumah sendiri merupakan salah satu impian setiap orang, terutamanya untuk mereka yang masih bujang kerana rumah merupakan aset penting bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk bakal keluarga kelak. Sama juga seperti Encik Rudy Hasnan ini yang akhirnya berjaya memiliki rumahnya sendiri walaupun sekadar rumah biasa sahaja. Sesudah mendapatkan rumah pertamanya ini, dia terus beralih ke arah dekorasi yang diinginkan dengan hanya bajet yang sederhana. Rumah jenis pangsapuri yang terletak di Bandar Dato Onn ini mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air. Walaupun tidak seluas dan sebesar rumah mewah yang lain, namun ruang dalamannya dihiasi dengan dekorasi yang begitu indah. Yang paling mengagumkan, hasil tangannya cukup berseni apabila terdapat beberapa aksesori dalam rumah yang dibinanya sendiri tetapi seolah-olah dibeli atau ditempah dari luar. Semua ini dilakukan sendirian dan hasilnya boleh dibanggakan.

    Lihat gambar perbezaan rumahnya di bawah yang pasti membuatkan anda tertanya-tanya adakah benar ini adalah rumah yang diduduki seorang lelaki bujang?

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    • Set meja makan dibeli dari kedai perabot
    • Bunga dari Shopee dan pasu dari Kaison berharga RM 18
    • Lampu dari Shopee
    • Rak TV dibuat sendiri menggunakan playwood dan kayu pallet

    VIEW IN GALLERY

    Dia menambah sebuah akuarium tepi sofa yang dibuat sendiri menggunakan kaca, playwood dan fomica dengan kos RM 600.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Partition ini juga dibina sendiri menggunakan kayu biasa. Kayu digosok sehingga licin dan dicat syelek.

    VIEW IN GALLERY

    Jam besar di tengah ruangan ini dihasilkan dari besi dan welding sendiri oleh tuan rumah. Nombor jam dibeli dari kedai RM 2 dan jarumnya dari Shopee (pilih yang bersaiz jumbo).

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Ruang ini hanya ditambah 6 buah lampu spotlight LED 12 watt dari Shopee berharga RM 108 (RM 18 sebiji). Rail track dibeli berasingan berharga RM 20 untuk 2 batang berukuran 1.5 m. Boleh cari ‘spotlight track rail’ di Shopee jika ingin dapatkan kedua-duanya sekali. Cat menggukanan jenama Nippon Paint Pebble Walk.

    Kredit: Rudy Hasnan

    idea deko rumah idea untuk rumah bujang kreatif dan menarik
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleIdea Ubahsuai Dinding Ruang Makan Kepada Accent Wall
    Next Article Lihat Bagaimana Kreatifnya Ruang Dapur Oleh Wanita Ini

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.