Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Dekorasi»Nak Bina Mini Library Dalam Rumah? 6 Perkara Ini Perlu Anda Ambil Tahu
    Idea Dekorasi

    Nak Bina Mini Library Dalam Rumah? 6 Perkara Ini Perlu Anda Ambil Tahu

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDNovember 6, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Dekorasi rumah yang baik adalah dekor yang boleh digunakan dan bermanfaat untuk penghuninya, dan buku merupakan salah satu elemen dekorasi yang menepati ciri tersebut. Untuk menjadikan buku sebagai sebahagian dari dekorasi adalah dengan membina perpustakaan mini di dalam rumah. Ini juga dapat menggalakkan aktiviti pembacaan dalam kalangan ahli keluarga. Tetapi, terdapat beberapa perkara yang perlu anda ambil tahu sekiranya anda ingin membina mini library tersebut. Disertakan juga contoh dekorasi mini library yang boleh dijadikan inspirasi untuk anda.

    VIEW IN GALLERY

    1. RUANG

    Boleh letakkan buku-buku di sebuah ruang khas, untuk anda yang mahukan ruang persendirian ketika membaca, atau ruang terbuka di sekeliling rumah. Sekiranya diletakkan di kawasan terbuka, ahli keluarga atau tetamu yang datang dapat sama-sama melakukan pembacaan.

    Tip: Jika ada negative space atau ruang terbiar, manfaatkannya sebagai ruang membaca dengan menyediakan rak atau kabinet buku. Contohnya di laluan atau koridor bilik.

    Awas: Elakkan meletakkan buku di ruang bawah tangga.

    VIEW IN GALLERY

    1. KATEGORI

    Untuk memudahkan proses pencarian, susunkan buku mengikut kategori dan genre. Kemudian, boleh meletakkan setiap kategori buku mengikut ruangnya. Sebagai contoh, buku masakan diletakkan di ruang dapur, buku kanak-kanak di dalam bilik anak-anak, buku motivasi di dalam bilik sendiri dan lain-lain lagi.

    VIEW IN GALLERY

    1. RAK

    Tempah khas atau buat sendiri rak buku mengikut kreativiti dan kemampuan. Boleh gunakan batu-bata, kayu terbuang, atau apa-apa sahaja yang sesuai.

    VIEW IN GALLERY

    1. PERABOT

    Letakkan perabot sokongan pada kawasan penyimpanan buku sekiranya aktiviti pembacaan berlaku di situ, seperti kerusi, sofa atau set meja dan kerusi. Nak jimat ruang, hanya sediakan apa-apa alas/hamparan dan bantal.

    VIEW IN GALLERY

    1. SUASANA

    Pastikan kawasan pembacaan mempunyai sumber pengudaraan dan pencahayaan yang baik demi kesihatan mata anda. Selain itu, gabungkan warna terang dan lembut pada ruang membaca kerana jika terlalu gelap, boleh mendatangkan kebosanan dan jika warna terlalu menonjol, akan menyebabkan rasa tidak selesa.

    VIEW IN GALLERY

    1. BUKU

    Pastikan setiap buku yang dibeli dan disimpan di dalam rumah mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada anda. Oleh itu, baca dan teliti kandungan buku sebelum memilih.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Kredit: Khairunnisa Hamzah

    deko ruang mini library idea mini library tips bina mini library
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleSayur Tak Tahan Lama? Cepat Rosak Dan Layu? Cuba Tips Bawah Ni
    Next Article 4 Tips Mudah Supaya Rumah Kekal Wangi & Segar Yang Anda Patut Cuba!

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.