Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Kreatif»4 Tips Mudah Supaya Rumah Kekal Wangi & Segar Yang Anda Patut Cuba!
    Idea Kreatif

    4 Tips Mudah Supaya Rumah Kekal Wangi & Segar Yang Anda Patut Cuba!

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDNovember 6, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Siapa je yang tidak suka sekiranya rumah mereka sentiasa dalam keadaan segar dan berbau harum? Kalau dibiarkan bau-bauan yang kurang enak ‘menginap’ di rumah kita, pasti akan mendatangkan ketidakselesaan. Oleh itu, untuk anda yang memerlukan idea atau tips supaya rumah kekal wangi dan segar, berikut disediakan 4 tips mudah untuk anda cuba. Bahan-bahan pun memang sudah tersedia di dalam rumah je.

    VIEW IN GALLERY

    1. Membuang Habuk Pada Perabot

    Bahan-Bahan:

    – 1 penutup pelembut fabrik

    – 10 cawan air

    Caranya: Bancuh kedua-dua bahan di atas sehingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot. Cara ini membuatkan habuk tidak mudah melekat pada perabot malah rumah juga berbau lebih harum.

    VIEW IN GALLERY

    1. Mengilatkan Lantai Rumah

    Apabila lantai melekit, lebih-lebih lagi setelah selesai memasak sememangnya mendatangkan ketidakselesaan pada kita. Oleh itu, boleh cuba cara ini.

    Bahan-Bahan:

    – 1 botol penutup pencuci lantai

    – Cuka

    – Air panas

    Caranya: Sapu sampah dan habuk pada lantai terlebih dahulu sehingga bersih, kemudian, campurkan semua bahan di atas dan mulakan mengemop lantai. Hasilnya, lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin.

    VIEW IN GALLERY

    3. Wangikan Rumah

    Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk dan memberikan kewangian dalam rumah, boleh cuba menggunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa.

    Bahan-Bahan:

    – 1 penutup pelembut fabrik

    – Cuka

    Caranya: Campurkan kedua-dua bahan di atas dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau yang dapat memperbaiki udara dalam rumah menjadi lebih bersih. Pastikan sembur juga pada langsir dan semua perabot yang berfabrik. Selain wangi, baunya juga tahan lebih lama.

    VIEW IN GALLERY

    4. Menyegarkan Bilik Air

    Bahan-Bahan:

    – 1 sudu kecil teh soda bikarbonat

    – 1 sudu teh cuka

    – 1 cawan air

    Caranya: Satukan semua bahan di atas dan masukkan ke dalam bekas penyembur. Semburkan ke dalam seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya, bilik air akan berasa lebih segar dan harum.

    Kredit: Nik Zainah Muhammad

    idea rumah wangi tips rumah kekal segar tips rumah wangi
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleNak Bina Mini Library Dalam Rumah? 6 Perkara Ini Perlu Anda Ambil Tahu
    Next Article Kena Pandai Gunakan Warna Bold Dalam Dekorasi, Ini Panduannya

    Related Posts

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Hasilkan DIY Mobile Bayi Dahan Untuk Tambah Sentuhan Kreatif Dalam Nurseri

    July 24, 2023

    Ubahsuai Kabinet Storan Besta IKEA Dengan Mewujudkan Rupa Built-In Custom

    July 20, 2023

    Cara Jadikan Almari Pax IKEA Kelihatan Built-In Untuk Ruang Storan Dalam Bilik

    July 20, 2023

    29 Idea Bijak Storan Bilik Kanak-Kanak Agar Teratur Yang Anda Tidak Mahu Terlepas

    July 7, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.