Seorang lelaki bernama Airiel Sufian telah berkongsi cara mudah untuk membuat meja Jepun menggunakan kayu pine. Mari lihat!
Langkah-Langkah DIY Meja Jepun
‘Proses’kan kayu di 6 bahagian (mengambil masa 3 – 4 hari) dengan memastikan setiap bahagian tepat 90 darjah.
1. Jointing (menggunakan jointer): Dapatkan permukaan rata dan 90 darjah pada 2 permukaan dahulu
2. Ketamkan bahagian ke-3 menggunakan Thicknesser dan pada masa sama, seragamkan ketebalan papan (ukuran 12 mm)
3. Sekatakan bahagian ke-4 menggunakan table saw dan dalam masa sama, seragamkan kelebaran papan (ukuran 3.25 inci/3 inci 1 suku)
4. Potongkan bahagian kedua-dua hujung papan menggunakan mitre saw supaya tepat 90 darjah
Jointer & Thicknesser Planer jenama JET berharga RM 1990 dari Shopee.
Kaki meja dipotong berukuran 14” setengah dan bersaiz 1.5” x 3″. Jika hendak membuat lebih rendah, dibolehkan.
Bucu papan ‘dilembutkan’ menggunakan Router Trimmer (jenama Bosch) dahulu, kemudian terus di-sanding.
Setiap sisi meja dipotong 45 darjah dengan kepanjangan 28”. Bahagian dalam diletakkan satu ‘panduan’ untuk menyusun papan table top supaya sama paras, dan akhirnya akan mendapat meja yang sekata. Papan-papan tersebut diukur, kemudian dipotong.
Susunkan satu persatu.
Segala lubang yang ada diletakkan filler jenama Selleys berwarna Natural.
Sanding-kan bermula dari grit 150, 240, 320 dan 400.
Sesudah selesai, sapukan Timber Hard Wax menggunakan kain sahaja. Fungsinya untuk merawat kayu supaya kalis air, tahan cuaca dan dalam masa sama, menaikkan warna urat kayu.
Jika hendak menyapu lapisan ke-2, tunggu selama 8 jam.
Hasil DIY Meja Jepun Dari Kayu Pine
Selamat mencuba!
Kredit: Airiel Ibnu Sufian