Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • DIY
      • Viral
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»DIY»Pengurusan Cicak Dan Senarai 9 Cara Untuk Hilangkan Cicak Dalam Rumah
    DIY

    Pengurusan Cicak Dan Senarai 9 Cara Untuk Hilangkan Cicak Dalam Rumah

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDNovember 11, 2021Updated:January 24, 2023No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Sudahlah berasa geli, najisnya yang merata-rata itu mengotorkan dan sukar hendak dibersihkan apabila sudah kering. Ini perkongsian mengenai satu serangga iaitu cicak dan bagaimana cara halau cicak untuk mengelakkan mereka dari ‘berkampung’ di dalam rumah.

    9 Cara Halau Cicak Dalam Rumah Paling Berkesan

    1. Hilangkan bekalan makanannya iaitu uruskan dahulu masalah nyamuk dan semut. Gunakan racun semut dan hapuskan tempat pembiakan nyamuk

    2. Sediakan jejak burung seolah-olah terdapat burung dalam rumah dengan cara:

    VIEW IN GALLERY

    – Letakkan beberapa kulit telur burung puyuh (tanpa dihancurkan) di kawasan tingkap atau mana-mana tempat cicak boleh memasukinya

    – Lekatkan bulu pelepah burung di tempat masuk cicak. Jika mahukan lebih cantik, lekatkan bulu pelepah burung merak pada dinding untuk dijadikan perhiasan

    3. Disebabkan cicak suka duduk di belakang almari, bingkai cermin dan dinding, semasa susun atur perabot, jangan rapatkan ke dinding. Jarakkan dalam 10 cm. Jika banyak cicak, kurangkan perhiasan dinding seperti bingkai cermin dan gambar

    4. Jaga kebersihan rumah. Pastikan tong sampah bertutup

    5. Elakkan melonggokkan barang sama ada kain-kain, kertas dan kasut, kitar semula suratkhabar lama dan susun semula semua barang supaya teratur dan berada di ‘rumah’ atau tempat khas masing-masing

    6. Letakkan beberapa ulas bawang putih atau hirisan bawang merah dalam kabinet. Tukarkan setiap 3 hari

    VIEW IN GALLERY

    7. Letakkan ubat gegat dalam kabinet atau laci yang tidak berisi makanan

    8. Lapkan permukaan meja makan/kabinet dengan DIY penyembur surface cleaner ini:

    VIEW IN GALLERY

    – 250 ml air paip

    – 50 ml cuka

    – 3 sudu plastik pencuci pinggan

    – 1 sudu plastik Dettol

    9. Gunakan pelekat perangkap lalat dan tampalkan di sebelah peti ais, belakang TV, bingkai cermin atau gambar

    VIEW IN GALLERY

    Jadi, pilihlah cara yang hendak digunakan untuk halau cicak dalam rumah. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba tips ini.

    Kredit: Hani Mynis

    cara hapus cicak dalam rumah cara hilangkan cicak panduan pengurusan cicak
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleJadikan Perpustakaan Mini Untuk Anak, Lelaki Ini Bina Loteng Dalam Bilik Mereka
    Next Article Nak Nampak Seperti Rumah Batu, Suami Isteri Ini Renovasi Sebuah Rumah Kayu

    Related Posts

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    DIY Deko Bilik Kanak-Kanak Lelaki Konsep Industrial Dengan Accent Kayu & Logam

    July 26, 2023

    Hasilkan DIY Mobile Bayi Dahan Untuk Tambah Sentuhan Kreatif Dalam Nurseri

    July 24, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.