Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Kongsi Deco Rumah Anda
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»DIY»Projek DIY Accent Wall Guna Bajet Dalam RM 200 Sahaja
    DIY

    Projek DIY Accent Wall Guna Bajet Dalam RM 200 Sahaja

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJuly 22, 2020Updated:December 3, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    hasil diy 1 1
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Pemasangan sendiri accent wall menggantikan dinding biasa adalah mudah dan jimat sekiranya kita tahu caranya. Ini kerana kebiasaannya DIY tidak menggunakan bajet yang besar berbanding mengupah orang luar atau pakar. Seorang pengguna Faebook iaitu Fuad Abdul Rani juga memilih untuk DIY sahaja accent wall pada dinding rumahnya kerana baginya jenis corak ini adalah lain daripada yang lain. Dia bermula dengan mencari informasi berkaitan accent wall ini dari group-group dekorasi di laman Facebook, Pinterest dan Google. Setelah mendapat maklumat yang diperlukan, dia mengambil masa selama 4 hari untuk menyiapkan projek DIY accent wall yang menelan belanja lebih kurang RM 200 sahaja.

    VIEW IN GALLERYsenarai alatan diperlukan 1

    Alatan-alatan yang diperlukan:

    1. Kayu bersaiz 5/8″ x 1 1/2″ (1 cm x 3 cm) berharga RM 60

    2.  Gam kayu Adhesive Sealant jenama X-Bond dan Acrylic Latex Sealant jenama V-tech = RM 40
    Guna 2 tiub gam kayu manakala satu lagi tiub ditukar dengan tiub sealant.

    3. 2 keping kertas pasir berharga 40 sen

    4. Cat ICI jenama Dulux berharga RM 95

    5. Gergaji berharga RM 5 dari pasaraya Cowboy Cheng

    6. Alatan-alatan lain yang telah sedia ada di rumah termasuk penukul dan pakuVIEW IN GALLERYdiy accent wall step 1

    Buat lakaran ukuran kayu pada dinding terlebih dahulu sebagai rujukan sebelum memulakan kerja pemasangan. Untuk gambar di kanan merupakan cara mencari ukuran panjang segitiga menggunakan formula Theorem Phytagoras.VIEW IN GALLERYdiy accent wall step 2

    Dengan mengikut ukuran yang telah dibuat, potong kayu menggunakan gergaji. Kemudian, lekatkan gam pada kayu mengikut bentuk zigzag kerana kayu akan lebih kuat melekat pada dinding.VIEW IN GALLERYdiy accent wall step 3

    Setelah kayu dilekatkan, di sekeliling celahan kayu perlu diletakkan sealant. Ini adalah untuk menutup gap yang boleh menyebabkan keadaan dinding nampak tidak cantik. Caranya adalah, picit sealant pada celahan antara kayu dan dinding dan terus sapu segera dengan jari yang lembab. Selepas selesai tutup semua celahan, gosok kayu menggunakan kertas pasir jenis halus.

    VIEW IN GALLERYdiy accent wall step 4

    Tiba pada proses mengecat, cat kayu dan semua bucunya dahulu menggunakan berus. Apabila sudah kering, sambung cat dinding menggunakan roller cat bersaiz sederhana.

    VIEW IN GALLERYhasil diy 4

    Hasil akhir DIY dinding rumah menggunakan accent wall.

    Kredit: Fuad Abdul Rani

    diy accent wall idea ubahsuai dinding
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDIY Pokok Hiasan Hanya Guna Bajet RM 24 Je!
    Next Article Wujudkan Ruang Mesra Kanak-Kanak Dalam Rumah Dengan Tips Ini

    Related Posts

    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Comments are closed.




    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.