Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • DIY
      • Viral
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Kreatif»Wujudkan Ruang Mesra Kanak-Kanak Dalam Rumah Dengan Tips Ini
    Idea Kreatif

    Wujudkan Ruang Mesra Kanak-Kanak Dalam Rumah Dengan Tips Ini

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJuly 22, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.
    Rumah ni bukan sahaja berfungsi sebagai tempat tinggal, tetapi juga menjadi tempat untuk kita mengeratkan ikatan sesama ahli keluarga kerana masa yang banyak diluangkan di rumah. Terutamanya untuk anak-anak, mereka memerlukan lebih banyak perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa perlu mewujudkan suasana yang selesa dan mesra untuk anak-anak kerana ianya juga membantu dalam perkembangan mental mereka. Puan Eni Izliana melalui laman Facebook berkongsi 4 tips untuk menjadikan rumah anda mesra kanak-kanak. Dah baca tu jangan lupa amalkan demi kesejahteraan anak-anak kita.
    1. Pilihan Lokasi
    VIEW IN GALLERY
    Tetapkan satu lokasi yang bersesuaian untuk dijadikan ruang untuk anak-anak kita bermain. Letakkan rak, bakul simpanan permainan dan alatan-alatan mereka yang lain di kawasan tersebut. Jangan lupa untuk menyediakan alas atau tikar supaya mereka tahu ruangan itu sudah ditetapkan untuk mereka bermain.
    2. Ruang Makan

    VIEW IN GALLERY

    Untuk menyenangkan para ibu bapa menyapu dan membersihkan ruang makan selepas makan, ruang makan terutamanya di bawah meja tidak perlu dialas dengan apa-apa seperti karpet kerana anak-anak selalunya makan bersepah. Malah, ibu bapa boleh beralih kepada dekorasi pada ruangan dinding dengan meletakkan susunan bingkai keluarga atau bingkai gambar-gambar yang menarik perhatian. Lebih digalakkan untuk meletakkan frame doa-doa dan ayat-ayat zikrullah. Anak-anak pun boleh belajar membaca dan menghafal doa dan ayat tersebut. Barulah sejuk perut si ibu kan?
    3. Ruang Menconteng Dinding
    VIEW IN GALLERY
    Masalah biasa yang pasti akan dialami oleh setiap orang yang bergelar ibu bapa adalah anak-anak yang suka menconteng dinding rumah, sampai ibu bapa pun give up sebab asyik kena cuci dinding tu. Biarkan mereka mengekspresikan kreativiti dengan menyediakan satu ruang dinding khas untuk mereka menconteng.
    Caranya adalah:
    – Gunakan wall sticker berwarna hitam atau warna yang gelap untuk dijadikan sebagai papan hitam. Anggaran luas dinding yang diperlukan adalah lebih kurang tinggi 1.5 m dan lebar 2 – 3 m.
    ATAU
    – Catkan ruang dinding yang dikhaskan untuk menconteng dengan warna-warna gelap mengikut kesesuaian deko rumah.
    4. Pemilihan Perabot
    VIEW IN GALLERY
    Ini yang paling penting. Anak-anak memang akan menjadi aktif apabila mereka bermain tanpa menghiraukan persekitaran sekeliling. Ibu bapa lah yang perlu peka dengan keselamatan kawasan tempat bermain mereka dengan menggantikan perabot kepada jenis plastik. Ini bukan sahaja mengelakkan kecederaan tetapi juga mudah untuk dibersihkan sekiranya terkena kotoran atau tumpahan makanan. Atau lindung mana-mana kawasan pada perabot yang berbahaya dengan apa-apa aksesori.
    Kredit: Eni Izliana
    idea dekorasi ruang rumah tips bina ruang mesra anak-anak tips untuk ibubapa
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleProjek DIY Accent Wall Guna Bajet Dalam RM 200 Sahaja
    Next Article Wanita Ini Bina ‘Rumah Mini’ Dalam Bilik Demi Privasi

    Related Posts

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Hasilkan DIY Mobile Bayi Dahan Untuk Tambah Sentuhan Kreatif Dalam Nurseri

    July 24, 2023

    Ubahsuai Kabinet Storan Besta IKEA Dengan Mewujudkan Rupa Built-In Custom

    July 20, 2023

    Cara Jadikan Almari Pax IKEA Kelihatan Built-In Untuk Ruang Storan Dalam Bilik

    July 20, 2023

    29 Idea Bijak Storan Bilik Kanak-Kanak Agar Teratur Yang Anda Tidak Mahu Terlepas

    July 7, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.