Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • DIY
      • Viral
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»DIY»DIY Pokok Hiasan Hanya Guna Bajet RM 24 Je!
    DIY

    DIY Pokok Hiasan Hanya Guna Bajet RM 24 Je!

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJuly 21, 2020Updated:July 22, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Kehadiran tanaman pokok dan bunga-bungaan semestinya menjadi kegemaran para peminat deko. Boleh dikatakan tak lengkap sesuatu deko rumah tanpa ada kehijauan pokok-pokok sama ada yang hidup ataupun tiruan. Biasanya kalau beli pokok-pokok ini dari kedai atau melalui online, ia agak mahal sedikit. Oleh itu, untuk mereka yang nak berjimat, Fadilah Ariffin menerusi FB group ‘Kelab Kaki Deko’ ada menunjukkan langkah-langkah mudah DIY pokok hiasan untuk diletakkan dalam rumah dengan menggunakan daun Monstera. Anda hanya perlu belanjakan duit sebanyak RM 24.30 sahaja!

    Mari mulakan!

    VIEW IN GALLERY

    6 paket daun Monstera berharga RM 12.60 dari kedai Eco (RM 2.10 untuk sepaket. Setiap paket mempunyai 4 keping daun). Kalau menggunakan daun biasa, beli 5 paket (ada 6 keping dalam satu paket).

    VIEW IN GALLERY

    Pasu berharga RM 2.10 dari kedai Eco.

    VIEW IN GALLERY

    2 keping span bunga berharga RM 3 dari My One Shop (RM 1.50 untuk sekeping).

    VIEW IN GALLERY

    Dawai bunga berharga RM 1 dari My One Shop.

    VIEW IN GALLERY

    Tape bunga berharga RM 2 dari My One Shop. Hanya 1 gulung digunakan.

    VIEW IN GALLERY

    Rumput berharga RM 2.10 dari kedai Eco dan rotan berharga RM 1.50 dari kedai alat tulis. Kalau tak ada, boleh cari batang yang seakan rotan dari My One Shop berharga RM 4.50 (ada 10 batang) atau kedai Eco.

    VIEW IN GALLERY

    Pertama sekali, bengkokkan sedikit batang daun seperti di atas.

    VIEW IN GALLERY

    Kedua, ikat daun pada batang rotan menggunakan dawai.

    VIEW IN GALLERY

    Ikat kesemua daun tapi pastikan ianya berjarak antara daun dan ada ketinggian yang berbeza antara mereka.

    VIEW IN GALLERY

    Seterusnya, potong rumput mengikut permukaan pasu dan sebagai tambahan, masukkan beberapa biji batu di bawah pasu untuk menambah berat.

    VIEW IN GALLERY

    Potong span supaya muat untuk diletakkan dalam pasu. Selepas span diletak, tutup dengan rumput sebagai permukaan. Pastikan rumput ditebuk dahulu pada bahagian tengah untuk memudahkan batang rotan dicucuk melaluinya. Kemudian, cucuk batang rotan pada span yang telah dimasukkan dalam pasu. Lilitkan batang rotan dengan tape untuk kelihatan lebih kemas.

    VIEW IN GALLERY

    Hasilnya bila sudah siap. Boleh biarkan begitu saja atau tambah aksesori seperti batu-batu kecil.

    Kredit: Fadilah Ariffin

    idea diy idea hias ruang rumah tips bajet murah
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleWow! Kreatifnya Bila Cerek Lama Dijadikan Hiasan Dinding
    Next Article Projek DIY Accent Wall Guna Bajet Dalam RM 200 Sahaja

    Related Posts

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    DIY Deko Bilik Kanak-Kanak Lelaki Konsep Industrial Dengan Accent Kayu & Logam

    July 26, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.