Perkara normal apabila terpengaruh dengan perkongsian hasil dekorasi rumah yang cantik, termasuklah seorang wanita ini iaitu Fafa Chan. Disebabkan itu, dia bersama suaminya, Hazmi Hassan menghasilkan sebuah projek dekorasi dinding selepas memperoleh idea dan inspirasi dari perkongsian dalam FB group ‘Kelab DIY Shiplap Wall & Wainscoting’.
Hasil kerja tangan pasangan suami isteri ini, projek batten wall untuk bilik tetamu disiapkan tidak sampai sehari, manakala herringbone wall di bilik tidur utama mengambil masa sebulan disebabkan beberapa masalah. Namun, berjaya juga merealisasikan impian ‘orang rumah’.
DIY Batten Wall
Kayu berketinggian 4 kaki dari iPainter By Lirex Enterprise (Facebook). Potongkan lebih awal dan tampal menggunakan gam jenama V-Tech Vital Nails.
Cat menggunakan jenama Jotun Majestic kod warna 1065 Samik Ivory.
- Bedding set dari AKEMI (AEON)
- Langsir dari IzzDecor Curtains (Facebook)
DIY Herringbone Wall
Proses gam potongan kayu pada dinding dan tampalkan cellotape.
Biarkan gam kering semalaman.
Proses meletak filler pada semua gap di sambungan kayu, dan biarkan semalaman untuk kering. Kemudian gosok.
Finishing cat menggunakan Jotun Majestic kod warna 5455 Industrial Blue.
Kos dalam RM 1K.
Selamat mencuba!
Kredit: Hazmi Hassan
Facebook
RSS