Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»DIY»Projek ‘Makeover’ Balkoni Rumah Jadi Playground Anak-Anak
    DIY

    Projek ‘Makeover’ Balkoni Rumah Jadi Playground Anak-Anak

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJuly 14, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Zaman sekarang ni ramai ibu bapa yang risaukan keselamatan anak-anak apabila mereka keluar bermain di luar rumah. Walaupun dengan pengawasan ibu bapa atau penjaga, kadangkala malang tidak berbau. Apatah lagi kalau ibu bapa yang sibuk bekerja dan kurang masa diluangkan bersama anak-anak. Menerusi Facebook page ‘Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel’, seorang ibu prihatin bernama Sue Zamri telah berkongsi caranya dalam menangani masalah tersebut. Bagi mereka yang mempunyai ruang balkoni di rumah, boleh mengubahsuai ruang itu menjadi taman permainan untuk anak-anak bermain. Anak-anak tidak perlu keluar rumah untuk pergi ke taman dan ibu bapa pun mudah untuk memantau pergerakan mereka pada bila-bila masa.

    Untuk projek ini, kos yang dikeluarkan tidak begitu besar kerana Puan Sue banyak memakai barangan preloved. Barang seperti rumput artificial, alas playmat hitam dan barang-barang dalam playhouse dibeli melalui Shopee. Semua pokok artificial dan pasu termasuk di depan playhouse adalah dari Eco Shop dan jumlahnya tak sampai RM 150. Untuk garisan berupa jalanraya itu boleh memakai cat kalau tiada apa-apa yang nak diubah atau lekatkan double tape (tuan rumah pakai cara ini). Garisan untuk tengteng pula menggunakan cloth tape.

    VIEW IN GALLERY

    Rumput artificial ini mempunyai ketebalan 35 mm dan meja kayu dibeli baru dari IKEA.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Untuk playmat hitam, tuan rumah membeli set 20 keping berharga rm 159 (1 keping berukuran 62 cm x 62 cm).

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Tuan rumah menjumpai playhouse preloved ini dari seorang penjual di Facebook iaitu ‘Mami Qie’. Rumah ini pada awalnya ada beberapa kerosakan seperti warna yang pudar, ada sedikit keretakan dan tombol pintu pecah. Oleh itu, rumah dicat semula guna cat minyak dan tombol dari penutup periuk dari Eco Shop dijadikan tombol rumah. Menurut Puan Sue, untuk playhouse preloved sebesar ini berharga RM 500 ke atas. Tetapi jika mahu membeli yang baru, disarankan untuk memilih brand yang elok seperti Little Tikes.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Dapur mainan ini bersaiz dalam 2 kaki lebih dan berharga RM 100++.

    VIEW IN GALLERY

    Kredit: Sue Zamri

    barang preloved murah tips keselamatan ubahsuai balkoni jadi playground
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDIY Mudah, Cepat dan Jimat Rak Bekas Rempah
    Next Article Bilik Tidur Usia 10 Tahun Diberi Wajah Baru

    Related Posts

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    DIY Deko Bilik Kanak-Kanak Lelaki Konsep Industrial Dengan Accent Kayu & Logam

    July 26, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.