Rancang Ubahsuai Dapur, Wanita Ini Kongsi Ruang Dapur Terkini Rumahnya

Mohon share tanda suka

Pada tahun lepas, sebuah artikel telah disiarkan mengenai ubahsuai ruang dapur oleh Hafiza Mohamad. Setelah sekian lama, dia merancang untuk mengubahsuai buat kali kedua ruang dapurnya itu kepada wajah baru pada tahun 2021 ini. Dapur rumah sewa dengan ukuran keluasan keseluruhan <600 sqft ini mempunyai 3 buah bilik tidur dan sebuah bilik air. Dia juga berkongsi ruang pantri yang terletak di sebalik pintu dapur (tempat menggantung periuk) yang dahulunya merupakan bilik stor.

Perancangannya adalah:

1. Menukar wallpaper hitam yang sudah digunakan lebih 5 tahun

2. Memasang kabinet atas (dengan keizinan tuan rumah)

3. Mengurangkan lagi barang yang jarang digunakan di dapur

4. Mengubah keseluruhan dapur dengan tema putih dan menambah unsur semulajadi seperti tumbuhan hidup dan peralatan kayu

DEKO RUANG DAPUR TERKINI

VIEW IN GALLERY

Lesung kayu dibeli di Pasar Payang, Terengganu.

VIEW IN GALLERY

Rak besi jenama Grundtal dari IKEA.

VIEW IN GALLERY

  • Rak troli dari IKEA
  • Karpet berwarna coklat dari Kaison

VIEW IN GALLERY

Rak (pandangan hadapan) jenama Billy, rak bahagian kanan jenama Gersby dan bekas makanan yang tinggi dari IKEA.

VIEW IN GALLERY

Katanya, sejak negara dilanda wabak Covid-19 ini, dia lebih bersemangat untuk menghias rumah kepada lebih cantik dan selesa. Tambahnya, tidak ada salahnya melabur untuk keselesaan tempat tinggal, lebih-lebih lagi bagi mereka yang bekerja dari rumah. Apa salahnya juga sekali-sekala menukar suasana baru dan segar dalam rumah selagi mempunyai banyak idea.

Betul juga apa yang dikatakan oleh Hafiza. Kan lebih selamat duduk di rumah melakukan aktiviti seperti ini berbanding keluar tanpa ada urusan penting.

Kredit: Noor Hafiza Mohamad

Tags: #deko ruang dapur dengan pantri #deko ruang laundry #idea deko dapur

DIY Ubahsuai Dresser Secondhand Untuk Nurseri Kanak-Kanak Dengan Cat & Resin
Mohon share tanda sukaUbahsuai menjadikan sesuatu barang unik dan istimewa, seperti sebuah dresser
Meja Makan Ini Unik Dengan Design 3D Gaya ‘Old World’ Guna Teknik Resin Berlapis
Mohon share tanda sukaSukakan table top unik? Satu design berlapis 3D dihasilkan menggunakan
Meja Makan Ini Unik Dengan Design 3D Gaya ‘Old World’ Guna Teknik Resin Berlapis
Mohon share tanda sukaSukakan table top unik? Satu design berlapis 3D dihasilkan menggunakan
Meja Makan Ini Unik Dengan Design 3D Gaya ‘Old World’ Guna Teknik Resin Berlapis
Mohon share tanda sukaSukakan table top unik? Satu design berlapis 3D dihasilkan menggunakan

Comments are closed.