Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Kongsi Deco Rumah Anda
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»DIY»Sebelum Masuk, Baca Dulu Tips Mengesan Kecacatan Rumah Baru Ini (Bahagian 1)
    DIY

    Sebelum Masuk, Baca Dulu Tips Mengesan Kecacatan Rumah Baru Ini (Bahagian 1)

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJanuary 14, 2022Updated:January 16, 2022No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    kecacatan rumah
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Perkara pertama selepas mendapat kunci bukan mencuci rumah dan terus masuk, tetapi memeriksa setiap kecacatan/kerosakan seperti keretakan dinding, cat dan plaster tertanggal, kelompongan jubin, kebocoran dan lain-lain. Kebiasaannya, pihak pemaju akan memberi tempoh selama 24 bulan/2 tahun untuk membuat pemeriksaan di dalam atau di luar rumah, seterusnya membuat aduan. Semua itu adalah hak sebagai pembeli, maka periksa dengan sebaiknya keadaan rumah. Namun sekiranya renovasi besar dilakukan, pemaju tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kecacatan.

    Cara Kenalpasti Kecacatan Rumah Baru

    VIEW IN GALLERYkecacatan rumah

    VIEW IN GALLERYkecacatan rumah 2

    VIEW IN GALLERYkecacatan rumah 1

    Peralatan:

    Masking tape – Sekiranya terdapat keretakan, terus lekat dan tandakan

    Marker Pen – Sebaiknya warna merah supaya mudah melihat tulisan, nombor dan jenis kerosakan

    Kertas A4 – Senaraikan kecacatan beserta nombor dan lokasi supaya mudah mencari

    Telefon – Ambilkan gambar

    VIEW IN GALLERYkecacatan rumah 4

    VIEW IN GALLERYkecacatan rumah 5

    1. Pintu

    – Buka dan tutup berkali-kali. Periksa tombol dan kuncinya.

    VIEW IN GALLERYkecacatan rumah 6

    VIEW IN GALLERYkecacatan rumah 3

    2. Jubin

    – Ketuk semua jubin satu-persatu. Tandakan jubin yang kosong dan minta wakil pemaju pecahkan dan tampalkan yang baru

    – Cara mengenalpasti jubin yang lompong dan padat adalah, ketuk dengan duit syiling/pemutar skru pada setiap kepingan dan keliling perimeternya

    VIEW IN GALLERYkecacatan rumah 8

    VIEW IN GALLERYkecacatan rumah 9

    3. Elektrik

    – Hidupkan suis utama. Periksa satu-persatu suis lampu, kipas, soket dan sebagainya, serta setiap punca elektrik dan soket

    VIEW IN GALLERYkecacatan rumah 7

    4. Meter Air

    – Buka semua pili air serentak. Periksa saluran air, mangkuk tandas, sinki dan sebagainya. Pastikan tiada yang tersumbat. Periksa juga kepala paip dan mandian. Pastikan sambungannya betul dan tiada yang tercabut/longgar

    – Buka air di meter sehingga memenuhi tangki. Periksa keadaan tangki simpanan untuk pastikan tiada kebocoran. Apabila sudah penuh, pastikan bacaan meter air berhenti. Jika tidak, terdapat paip yang bocor sebelum air tiba ke tangki

    VIEW IN GALLERYkecacatan rumah 11

    Baca sambungannya di bahagian 2!

    Kredit: Shamier Mohaimin

    cara kenalpasti kecacatan rumah panduan sebelum pindah rumah tips kesan kecacatan rumah
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleTransformasi Dinding Kepada Gaya Fluted Wall Guna Casing Wayar Kos RM 200
    Next Article Sebelum Masuk, Baca Dulu Tips Mengesan Kecacatan Rumah Baru Ini (Bahagian 2)

    Related Posts

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    DIY Deko Bilik Kanak-Kanak Lelaki Konsep Industrial Dengan Accent Kayu & Logam

    July 26, 2023

    Hasilkan DIY Mobile Bayi Dahan Untuk Tambah Sentuhan Kreatif Dalam Nurseri

    July 24, 2023

    Comments are closed.




    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.