Walaupun terpaksa menanti lama untuk mendapatkan sesuatu akibat beberapa kekangan namun, penantian itu akan terasa berbaloi apabila kita berjaya mendapatkannya. Begitu juga dengan Syazwani Derani yang perlu menunggu selama hampir 6 tahun untuk memiliki sebuah dapur basah dan dapur kering dalam rumahnya, dan sedikit ruang disediakan untuk bilik laundry. Dekorasi yang simple tetapi sedap matanya memandang. Yang penting adalah ia kemas, teratur dan dibersihkan setiap kali selepas menggunakannya. Kebanyakan barang pula dibeli mengikut bajet sahaja daripada Shopee dan IKEA.
DEKO BAHAGIAN DAPUR BASAH
- Pintu kabinet menggunakan material maica
Barangan dari Shopee:
- Meja bar berukuran 120 x 40 x 100 berharga RM 209
- Kabinet coklat berharga RM 96.90
- Bidai tingkap berukuran 2 x 6 berharga RM 22.40 dan sebuah lagi berukuran 4 x 6 berharga RM 45.70
Aksesori deko ‘Kitchen Rules’ dari Shopee.
- Rak lama dari kedai perabot, di’makeover’ dengan menanggalkan bahagian atas dan menampal wallpaper
- Pokok hijau dari kedai Cowboy
Bekas beras berharga RM 16.80 dari Shopee.
DEKO BAHAGIAN DAPUR KERING
Dapur lama dibuat sebagai ruang dapur kering.
DEKO RUANG LAUNDRY
- Ampaian berharga RM 49.88 dari Shopee
- Jaring dari kedai Eco, dibeli 2 keping dan diikat bersama dengan tali kabel
- Rak dinding berharga RM 25 dari IKEA, dibeli melalui personal shopper
- Daun berjuntai dari Shopee
Hasil deko yang mengikut kemampuan tetapi yang penting tetap kelihatan cantik. Yang pentingnya, dia berjaya mencapai impiannya untuk memiliki kedua-dua ruang dapur ini.
Kredit: Syazwani Derani
Gallery of Selepas Hampir 6 Tahun, Hasrat Wanita Ini Miliki Dapur Basah & Kering Tercapai
Tags: #deko dapur basah & kering #deko ruang laundry #idea deko dapur