Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • DIY
      • Viral
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Dekorasi»Selepas Setahun Berpindah, Baru Dapat Deko Rumah Ikut Citarasa Sendiri
    Idea Dekorasi

    Selepas Setahun Berpindah, Baru Dapat Deko Rumah Ikut Citarasa Sendiri

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJanuary 14, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Terdapat banyak sebab kita tidak dapat berbuat apa-apa dekorasi pada rumah sejurus berpindah masuk. Sama juga dengan kes Iza Musa kerana perlu menunggu pemaju menyelesaikan kerosakan pada rumahnya. Selepas setahun berpindah, baru dia berpeluang mendeko rumah mengikut citarasa sendiri. Wainscoting dan diamond mirror adalah kehendaknya tetapi suaminya menyukai deko yang simple sahaja. Demi mendapatkan deko idaman, selama setahun juga dia memujuk suaminya.

    Asalnya, deko ingin dilakukannya sendiri sahaja tetapi memandangkan suaminya mengetahui dia tidak mempunyai kemahiran, akhirnya dia menggunakan khidmat Interior Designer dan segala keputusan diserahkan kepada isterinya, dan warna cat ditetapkan selepas 4 hari kerja dijalankan. Selama seminggu ID membuat kerja, suaminya berasa rumah kelihatan sempit tetapi setelah menyusun atur perabot, masalah itu selesai. Hasil akhirnya berjaya memuaskan hati Iza dan suaminya. Inilah deko hasil setahun membuat rujukan dan mengambil idea dari Pinterest.

    SEBELUM

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Lebar dinding adalah 23 kaki dan menggunakan kayu nyatoh.

    Kos wainscoting, diamond mirror, plaster, siling plaster dan cat adalah RM 11K.

    VIEW IN GALLERY

    Cat menggunakan jenama Jotun Majestic warna Jazz Grey. Kos cermin pula adalah RM 3800 untuk saiz 7′ x 5′.

    SELEPAS

    VIEW IN GALLERY

    Wingchair dari IKEA dan sofa dari Fella Design. Bunga orkid pula dari Nilai 3 yang digubah sendiri.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Pembahagi dibuat bersama kabinet dapur, satu tiang berharga RM 250. Meja makan pula berharga RMĀ 2300 dari kedai perabot, Kota Damansara.

    VIEW IN GALLERY

    Aksesori lilin dari SSF Palm Mall Seremban.

    VIEW IN GALLERY

    Kabinet dari SSF Nilai.

    Dekorasi ini perlu dibuat secara beransur-ansur kerana jika buat semua sekaligus, otak boleh menjadi tepu dan idea pun tersekat. Boleh contohi tuan rumah ini dalam kesabarannya mendapatkan deko rumah yang diidamkan.

    Kredit: Iza Musa

    deko idaman rumah idea deko rumah idea ubahsuai rumah
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleTeknik Mengecat Dinding Dan Baiki Dinding Lembap Supaya Tahan Lebih Lama!
    Next Article Nak Buat Kabinet Dapur, Kenalpasti Dahulu Material 3 Bahagian Kabinet Ini

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Idea Warna Cat Hijau Biru Yang Cantik Untuk Dinding. Boleh Dicuba Di Rumah!

    July 28, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.