Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • DIY
      • Viral
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Dekorasi»Teknik Mengecat Dinding Dan Baiki Dinding Lembap Supaya Tahan Lebih Lama!
    Idea Dekorasi

    Teknik Mengecat Dinding Dan Baiki Dinding Lembap Supaya Tahan Lebih Lama!

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJanuary 14, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Sekiranya anda mempunyai masalah dinding lembap, bercapuk dan cat tidak melekat, cuba teknik mengecat dinding dan baiki dinding lembap cara Ashura AT ini. Disebabkan rumahnya berusia lebih 10 tahun, dia membuat keputusan untuk mengecat dinding menggunakan kaedah terbaik yang tahan lebih lama.

    VIEW IN GALLERY

    1. Mulakan mengecat dengan undercoat sebanyak 2 lapisan. Jenama Jotun dipanggil primer dan Nippon dipanggil wall sealer. Lihat gambar perbezaan aplikasi primer dan finishing.

    VIEW IN GALLERY

    2. Finishing menggunakan Jotun Cover Plus sebanyak 1 lapisan. Terdapat bahagian lain perlu dicat 1 lapisan lagi disebabkan dinding lama berwarna gelap.

    3. Dia tidak mencampurkan air/thinner dengan cat kerana mahukan larutan cat sempurna. Sebelum cat, dinding dibersihkan dan ‘scrap’ cat lama yang mahu tertanggal. Jika menggunakan undercoat dan finishing yang bagus, boleh ‘re-coat’ tanpa menanggalkan cat lama.

    VIEW IN GALLERY

    4. Dinding bermasalah boleh menyebabkan undercoat dan finishing tidak melekat pada dinding. Dia mengalami masalah dinding lembap dan kekuningan, serta bercapuk dan tidak bercampur dengan cat baru.

    VIEW IN GALLERY

    5. Solusinya, gunakan wall sealer Acrylic 5170 Nippon berharga hampir RM 30 (1 liter). Bau bahan kimianya kuat berbanding primer biasa. Coating 2 kali pada kawasan bermasalah dan cat finishing semula.

    VIEW IN GALLERY

    6. Untuk rangka pintu dan pintu, cat menggunakan Nippon 9000 Gloss Finish. Lebih sesuai untuk pintu berbanding matt.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Cat Jotun bagus kerana bau yang tidak kuat, mesra alam dan coating dengan baik permukaan dinding. Cuma, jika dinding bermasalah, boleh ikhtiar pelbagai jenis Wall Sealer jenama Nippon.

    Jika ingin mengupah, cadangan Shura adalah, beli lebih awal cat yang dimahukan dan pesan untuk tidak dicampurkan air untuk ketahanan lebih lama, terutamanya yang cat semula. Pembuat cat sudah mencipta bahan kimia yang sempurna untuk ketahanan cat terbaik. Jika tidak diikut, cat akan bermasalah dan membuatkan kita beranggapan bahawa cat tersebut tidak bagus.

    Kredit: Ashura AT

    cara baiki dinding penyelesaian dinding bermasalah teknik cat dinding
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDekorasi Ruang Tamu Rumah Flat Tapi Hasil Macam Di Kampung. Kemas!
    Next Article Selepas Setahun Berpindah, Baru Dapat Deko Rumah Ikut Citarasa Sendiri

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Idea Warna Cat Hijau Biru Yang Cantik Untuk Dinding. Boleh Dicuba Di Rumah!

    July 28, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.