Sesetengah dekorasi tidak mempunyai konsep khusus, sebaliknya hanya mengikut kesesuaian dan sedap mata memandang. Begitu juga dengan Mariatul Mohamadiah yang melakukan ‘mix and match’ untuk dekorasi rumahnya. Bersama suami, sedikit demi sedikit dekorasi dilakukan dengan mengambil inspirasi dalam FB group ‘Kelab Kaki Deko’. Kini, sudah setahun lebih mereka menduduki rumah ini.
Hasil Dekorasi Rumah Melalui ‘Mix and Match’
Waktu ini, tidak ada sofa kerana dijual bersama wing chair. Dia sudah memesan yang baru dari kilang namun PKP.
- Pokok, kabinet TV, karpet, kerusi lipat, jam jenama Bissing dan meja kerja dari IKEA
- Kipas dinding jenama Deka
- Stiker meja berharga RM 9.50 – RM 57, pokok eucalyptus berharga RM 48 – RM 190 dan kipas jenama Alpha dari Shopee
Asalnya meja marble, ia dibalut dengan stiker kalis air yang mempunyai tekstur grain wood ala-ala kayu dan menukar kerusi. Kedua-duanya dari kedai perabot.
Tangga berjubin dicat (coating dahulu). Asalnya berwarna kelabu.
Accent wall hasil idea sendiri. Cat menggunakan jenama Jotun kod warna Carbon Black dan Nippon Gold Paint (akan berkilau jika terkena pantulan lampu).
Dapur Kering
Berkeluasan 10 x 10 kaki.
Meja bar custom-made oleh Maysu Design Studio (Facebook) untuk menyembunyikan semua peralatan elektrik. Kerusi perlu digantung kerana akan mengganggu laluan ke dapur.
Dapur Basah
Berkeluasan 6 x 6 kaki.
Jubin jenis subway.
Hood Thora.
Bilik Tidur Utama
Meja sisi merupakan bangku yang dicat hitam.
Shiplap adalah DIY pertama sebelum berpindah masuk.
Cadar jenama Syaqist.
Ruang Pejabat
Accent wall DIY.
Sekadar perkongsian untuk memberi idea kepada anda.
Kredit: Mariatul Mohamadiah
Facebook
RSS