Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • DIY
      • Viral
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Dapur»6 Tips Memilih Set Meja Makan Yang Sesuai, Berkualiti & Tahan Lama
    Dapur

    6 Tips Memilih Set Meja Makan Yang Sesuai, Berkualiti & Tahan Lama

    RishdanBy RishdanJuly 11, 2018Updated:July 14, 2018No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    set meja makan
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Tips memilih set meja makan – Salah satu perabot yang sangat penting & wajib ada dalam sesebuah rumah ialah set meja makan. Di sinilah, seisi keluarga meluangkan masa untuk menikmati juadah sambil mengeratkan ikatan kekeluargaan.

    Oleh itu, pemilihan meja makan yang tepat & sesuai adalah sangat penting. Jika anda sedang merancang untuk membeli meja makan dalam masa terdekat, luangkan 1 minit masa untuk membaca 10 tips memilih meja makan ini. Berikut adalah tips & cara tepat memilih meja makan

    1 #Ukur ruang makan

    Catat saiz ruang makan terlebih dahulu sebelum memilih perabot. Jangan congak sahaja ya, anda perlu ukur saiz ruang yang ada untuk kesesuaian meja makan yang akan diletak di ruang makan tersebut. Ukuran meliputi seluruh kawasan ruang tersebut dan meninggalkan sedikit ruang lebih kurang 42 inci untuk keselesaan di bahagian ruang makan. Catat ukuran yang dibuat kerana ditakuti set meja makan tersebut terlalu besar berbanding ruang yang dicadangkan sebagai ruang makan.

    2 # Pilih bentuk meja makan

    Ada beberapa perkara perlu diambil kira dalam menentukan bentuk meja makan yang sesuai dengan ruangan tertentu. Untuk ruang makan kecil, pilihlah meja makan bulat supaya terdapat ruang kosong dan tidak membuat ruangan nampak terlalu ‘sesak’.

    VIEW IN GALLERY

    Untuk ruang yang luas, meja segi empat & mempunyai banyak kerusi lebih sesuai. Ia boleh dimuatkan lebih ramai orang berbanding jenis meja makan yang lain. Tetapi ada sedikit kekurangan apabila memilih meja makan besar –  anda sukar untuk mencapai hidangan makanan.

    VIEW IN GALLERY

    3# Pilih Material

    Jika anda ingin meja makan yang dihasilkan dari kayu yang bersifat kukuh, pilihlah material kayu keras (hardwood) seperti mahogany, walnut, maple, oak atau jati. Jangan pilih yang bersifat komposit atau gabungan, misalnya MDF (Medium Density Fiberboard).

    MDF ialah material dari campuran kayu keras dan halus yang dikompres menjadi bentuk papan.Biarpun tahan lama, tapi tak sekuat dan sekukuh jenis hardwood. Mungkin harganya akan sedikit lebih mahal, namun jika yang anda cari adalah meja makan yang tahan lama hingga berpuluh-puluh tahun, lebih baik memilih hardwood. Sementara bagi Anda yang kurang suka meja kayu, pilihlah dari bahan metal atau marmer.

    VIEW IN GALLERY

    4# Pilih konsep @ tema

    Pemilihan meja makan juga mengambil kira faktor konsep yang diguna pakai di dalam kediaman. Moden, klasik, minimalis, gaya Inggeris atau gabungan, ia pasti sahaja mampu meningkatkan nilai estetika sesebuah kediaman. Ianya bergantung kepada individu itu sendiri – konsep mana yang menjadi pilihan.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    5# Dapur dengan ruang makan

    Untuk ruang makan yang bersambung atau di ruang dapur, anda boleh memilih meja makan yang lebih kasual kerana kedua-duanya saling berkaitan dan sering digunakan.

    Baca juga : Ruang makan konsep terbuka

    6# Meja makan mampu menampung bilangan penghuni

    Bilangan penghuni rumah perlu diambil kira untuk membolehkan semua ahli keluarga mendapat tempat di meja makan. Kepada yang terdiri dari keluarga besar pastinya pemilihan meja makan yang meja besar begitu sesuai kerana tampil selari. Meja makan kerusi 8 boleh dipertimbangkan.

    meja makan
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleGudang Kuno Menjadi Kediaman Mewah Ibarat Istana
    Next Article Idea DIY – Ubah Bilik Menjadi Ruang Kerja Dan Bilik Tidur

    Related Posts

    6 Inspirasi Kabinet Warna Mushroom Yang Cantik Untuk Dapur Timeless & Neutral

    July 28, 2023

    Ubahsuai Dapur Kecil Melalui Reka Bentuk Layout Yang Betul. Kini Cerah & Moden!

    July 26, 2023

    5 Cara Untuk Gayakan Dapur Neutral, Menambah Tarikan & Warna Dengan Bajet

    July 6, 2023

    Ubahsuai Ruang Makan Dated Menjadi Moden & Cantik. Sesuai Untuk Acara Makan!

    July 5, 2023

    DIY Mudah Transformasi Bufet Kayu Lama & Dated Dengan Cat Hitam Moden

    July 3, 2023

    Ubahsuai Dapur Berkonsepkan Tradisional Moden Terbuka Dengan Tema Putih

    June 26, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.