• Idea Dekorasi
    • Bilik Tidur
    • Dapur
    • Ruang Makan
    • Ruang Tamu
  • Travel
  • Rumah Idaman
    • Ubahsuai
    • Bilik air
  • DIY
    • Idea Kreatif
    • Ikea Hack
HIAS.MY
  • Idea Dekorasi
    • Bilik Tidur
    • Dapur
    • Ruang Makan
    • Ruang Tamu
  • Travel
  • Rumah Idaman
    • Ubahsuai
    • Bilik air
  • DIY
    • Idea Kreatif
    • Ikea Hack
  • Facebook

  • RSS

DIY

Idea DIY – Ubah Bilik Menjadi Ruang Kerja Dan Bilik Tidur

Idea DIY – Ubah Bilik Menjadi Ruang Kerja Dan Bilik Tidur
Rishdan
July 17, 2018
Mohon share tanda suka

Bekerja dari rumah kini menjadi TREND yang makin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Ada yang bekerja sendiri sebagai “freelancer”. Ada juga yang menjalankan bisnes di rumah seperti menjual produk. Tidak kurang pula yang menawarkan servis profesional. Trend ini diperhebatkan lagi dengan adanya syarikat-syarikat yag membolehkan pekerjanya bekerja dari rumah.

Di antara faktor penyumbang kenapa ramai yang memilih untuk bekerja di rumah ialah dari segi fleksibiliti masa dan ruang. Kita bebas menguruskan masa kita mengikut jadual sendiri, tidak ada bos yang mengawasi setiap saat dan untuk yang sudah memiliki anak, boleh mengawasi anak sendiri sambil bekerja. Hebat bukan?

Namun, apa yang bakal kami bawakan ini bukannya tentang freelancer, mahupun cara buat kerja dari rumah. Ianya tentang dekorasi ruang kerja di rumah “home office” yang dibina dengan menterbalikkan konsep bed loft. Ruang kerja akan berada di bahagian atas, manakala katil di bahagian bawah.

Sebelumnya, ini merupakan sebuah bilik tamu :

VIEW IN GALLERY

Bilik tamu biasanya jarang digunakan. Bilik ini akan diubah suai menjadi ruang dwi-fungsi iaitu bilik tamu & home office. Prosesnya bermula dengan menghasilkan platform dari kayu seperti gambaran ini:

VIEW IN GALLERY

Untuk menghasilkan platform kayu seperti di atas, L-brackets dipasang pada dinding. Ini untuk menampung platform kayu yang bakal dibina. Jadi adalah penting untuk memastikan ianya mempunyai ketinggian dan kesiembangan yang sama:

VIEW IN GALLERY

Kerangka platform kayu mula di bina seperti gambar di bawah :

VIEW IN GALLERY

Papan penutup katil di pasang pada kerangka katil yang dibina dari kayu. Kerangka katil ini akan di pasang roda untuk memudahkan ia ditolak  masuk atau ditarik keluar di bawah platform kayu tersebut.

VIEW IN GALLERY

Dinding platform mula di pasang :

VIEW IN GALLERY

Seterusnya, mengubahsuai bahagian tangga yang kelihatan curam dan kecil. Untuk keselamatan, ianya ditambah pemegang di dinding & melebarkan tangga dengan mengurangkan anak tangga. Dalam masa yang sama ada lebihan ruang di situ yang sesuai digunakan untuk simpan barang.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Bahagian atas platform (ruang home office) dipasang dengan lantai laminate yang terlebih dahulu dipasang dengan chipboard dan lapisan plastic foam.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Lantai laminate siap di pasang dan dikemaskan dengan skirtings. 

VIEW IN GALLERY

Proses terakhir – platform dan kerangka katil di beri sentuhan kemasan yang terakhir:

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Akhirnya, terhasil-lah ruang pejabat di rumah (mini home office) yang lengkap dengan katil serta tilam. Home office & bilik tidur.Semua dalam 1 pakej.

VIEW IN GALLERY

Selepas penat bekerja, tilam memainkan peranan utama untuk memberikan rehat yang cukup & berkualiti. Tilam seperti di bawah mampu menawarkannya.

VIEW IN GALLERY

Kerusi juga perlu diambil kira dalam dekorasi ruang pejabat di rumah. Kerusi ergonomik berfungsi memastikan postur badan anda dalam keadaan yang betul & membantu anda bekerja dengan lebih berkualiti.

VIEW IN GALLERY
Sumber : Imgur

Related Itemshome officemini pejabat
DIY
July 17, 2018
Rishdan
Related Itemshome officemini pejabat

More in DIY

Tips Pemilihan ‘Batu-Bata Dekoratif’ Facing Atau Stone Veneer Jika Cara DIY

Nurul Husna MDJune 24, 2022
Read More

2 Rak Buku Dengan Storan Tersembunyi Hasil Kerja Pertukangan Seorang Wanita

Nurul Husna MDJune 22, 2022
Read More

Tips Penjagaan Stone Veneer Atau Batu-Bata Dekoratif Menggunakan Topcoat

Nurul Husna MDJune 21, 2022
Read More

Kulit Terkena Gam Gajah (Super Glue)? Cuba Tips & Cara Mudah Tanggalkannya Ini

Nurul Husna MDJune 21, 2022
Read More
Scroll for more
Tap
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Ubahsuai Dekorasi Bilik Tidur Tema Putih Yang Simple Dengan Sentuhan Kuning
    Bilik TidurMay 29, 2022
  • Pertama Kali Buat, Lelaki Ini DIY Wainscoting & Shiplap Untuk Rumah Pertama
    DIYMay 31, 2022
  • Dari Bilik Tidur Bujang Merah Jambu, Wanita Ini Kini Kongsi Bilik Bersama Anak
    Bilik TidurJune 1, 2022
  • Masing-Masing Ada Citarasa Berbeza, Wanita Ini Pilih Gaya Inggeris Untuk Rumah
    Idea DekorasiMay 29, 2022
  • Tips Pemilihan ‘Batu-Bata Dekoratif’ Facing Atau Stone Veneer Jika Cara DIY
    DIYJune 24, 2022
  • Asalnya Bilik Stor, Wanita Ini Ubah Jadikan Bilik Baking. Lebih Tersusun & Kemas
    Idea DekorasiJune 23, 2022
  • Transformasi Bilik Tidur Utama Bertemakan Gabungan Warna Hijau & Dusty Blush
    Bilik TidurJune 23, 2022
  • Dekorasi Dapur & Ruang Makan Scandi Putih Serta Bilik Anak Mint Merah Jambu
    Bilik TidurJune 22, 2022
  • izzat luqman says:

    Total price how much?

  • zubirhamidon says:

    mohon sediakan pelan untuk ruang dapur saya.ruang 10 x 20.

  • Fazuin bin joseph says:

    Macam mana saya boleh dapat rumah ini

  • mohd shahril hazlim hamidon says:

    kalau mcm ni berapa kosnya tuan?




HIAS.MY

Hias.my merupakan laman majalah versi website yang membawakan idea tentang senibina, perabot dan hiasan dalaman. Di hias.my, kami mencari dan mengumpul serta membawakan idea-idea yang berguna untuk menghias kediaman anda.

Pages

  • Hantar Artikel
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Privacy Policy
  • Tentang Kami

Copyright © 2020 Hias.my

DIY Kabinet Dapur Dengan RM94 Sahaja, Inspirasi DIY
‘Saya Jumpa 2 Biji Kerusi Meja Makan Terbuang, Kutip dan Jadikan Sofa Kayu DIY Ni’