Gudang Kuno Menjadi Kediaman Mewah Ibarat Istana

Mohon share tanda suka

Jika anda berpeluang travel ke Brisbane Australia & melintasi  gudang lama yang pertama di bina pada tahun 1920-an, mungkin tidak terlintas di fikiran anda ada sesuatu yang menarik di sana. Gudang lama yang dijadikan sebuah rumah mewah.

Dari luar, ianya nampak seperti sebuah binaan lama yang biasa-biasa sahaja. Tetapi di sebalik pintu sebuah gudang lama ini tersembunyi sebuah rumah luar biasa dengan empat bilik tidur dan lima bilik air.

VIEW IN GALLERY

Gudang lama ini pastinya lebih mahal dari apa yang kita lihat dari luar. Dipetik dari laman Metro , rumah mewah ini dianggarkan bernilai 1.9 juta USD.

VIEW IN GALLERY

Direka oleh arkitek terkenal Yuri Dillon, Gudang yang diubahsuai menjadi rumah mewah ini dibina hasil gabungan kayu, kaca, dan bata. Dahulu gudang ini digunakan sebagai bengkel tukang besi.

VIEW IN GALLERY

Didesign menjadi dua tingkat, rumah ini memiliki design terbuka, pintu lipat dan ruang privasi, serta siling yang tinggi.

Ada pula dapur mewah dengan benchtop dari marmer dan pantry khusus untuk pelayan yang menghadap ke ruang keluarga, dan ke kolam renang di luar.

BACA JUGA : Idea Deko & Renovation Rumah Teres 2 Tingkat

VIEW IN GALLERY

Di tingkat atas ada bilik tidur. Ada master suite, lengkap dengan almari walk-in, bilik mandi mewah, dan ruang pribadi. Sementara di bahagian depan rumah, ada bilik tidur kedua yang memiliki dapur sendiri, bilik mandi, dan pekarangan lainnya.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Bilik tidur ketiga ada di bagian belakang rumah dan dihias seperti apartment tersendiri, lengkap dengan bilik tidur, ruang keluarga, serta pintu masuk tersendiri.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Terakhir, bilik tidur keempat yang memiliki “home office” dan almari pakaian yang sangat besar.

Rekaan canggih lainnya meliputi pintu elektrik sehingga Anda tidak perlu membukanya sendiri, teras rooftop, bathtub marmar, penghawa dingin & sistem alarm.

“Area keluarga utama yang paling saya sukai, kerana dinding kacanya bisa naik untuk menciptakan area yang sangat terbuka dan sejuk, dan itu masih di dalam rumah, tapi di luar, ada kolam renang, tapi semuanya dalam satu ruangan,” ujar Samantha Jones pemilik rumah kepada realestate.

Tambah Jones, rumah tersebut dianggapnya sebagai rumah tapi juga ada sentuhan modern dan edgy.

Sumber : metro.co.uk

Tags: #dekoration #mewah #renovation

Dekorasi Rumah Teres Ini Sangat Minimalis Konsepnya Bertemakan Palet Neutral
Mohon share tanda sukaJika dahulu kurang mengambil berat tentang kekemasan, apabila meningkat usia,
Kaedah Papan Shera Atau Shera Board, Pilihan Terbaik Untuk Kegunaan Luar Rumah
Mohon share tanda sukaPelbagai kaedah boleh digunakan untuk menjadikan rumah kelihatan lebih elegan
Pembinaan Wakaf Gazebo Dari Kayu Seraya Kitam, Lelaki Ini Berkongsi Kaedahnya
Mohon share tanda sukaApabila sudah dibiasakan dengan kerja-kerja kayu sejak kecil, akan membentuk
Dekorasi Rumah 2 Tingkat Gabungan Inspirasi Mediterranean & Konsep Japandi
Mohon share tanda sukaSebuah rumah 2 tingkat di Pasir Gudang, Johor telah direnovasi

Comments are closed.