Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Kreatif»Tips Rumah Sentiasa Kemas Bila Ada Anak Kecil Yang Suka Bermain
    Idea Kreatif

    Tips Rumah Sentiasa Kemas Bila Ada Anak Kecil Yang Suka Bermain

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDAugust 19, 2020Updated:August 19, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.
    Bila ada anak-anak kecil yang suka bermain sampai habis sepah satu rumah ni, pasti ibu bapa akan jadi pening melihatnya. Tetapi tidak mengapa, amalkan tips yang diberikan oleh seorang ayah ini iaitu Fendi Isa dalam memastikan rumah sentiasa kemas bila ada anak-anak kecil ini.
    VIEW IN GALLERY
    1. Biarkan anak-anak menikmati waktu bermain mereka dengan sepuasnya tanpa halangan daripada ibu bapa. Tetapi selepas itu, asuh mereka untuk mengemas semula tempat bermain dengan meletakkan barang-barang pada tempatnya.
    VIEW IN GALLERY
    2. Ibu bapa perlu konsisten dan sabar dalam mendidik anak untuk mengemas permainan mereka selepas bermain. Ini kerana anak-anak kecil masih belum memahami dengan jelas arahan ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa perlu menunjukkan contoh kepada mereka sehingga mereka terbiasa untuk kemas sendiri.
    VIEW IN GALLERY
    3. Pentingnya ada ruang bermain ini adalah kerana kita tidak mahu anak-anak menyepahkan mainan di ruang lain yang boleh mengganggu. Jadi, ibu bapa perlu sediakan ruang khas untuk mereka bermain. Selain itu, disiplinkan mereka untuk mengemas dahulu ruang itu sebelum tidur pada setiap hari.
    VIEW IN GALLERY
    5. Untuk anak-anak kecil yang suka bermain dengan aksesori-aksesori dalam rumah, larang dan nasihati mereka dengan nada yang baik. Jangan sesekali gunakan nada yang tinggi kerana seperti yang telah disebut, mereka masih kecil untuk memahami arahan ibu bapa. Maka, teruskan berbuat demikian sehingga mereka faham dan tidak akan mengulanginya lagi.
    VIEW IN GALLERY
    6. Sementara untuk anak-anak membiasakan diri mengemas permainan mereka dengan baik, ibu bapa perlu pastikan rumah betul-betul kemas dan barang diletakkan pada tempat asal. Perlu rajin dan lakukannya pada setiap hari.
    VIEW IN GALLERY
    7. Untuk ibu bapa yang sibuk dan tiada masa untuk mengemas rumah, boleh cuba menggunakan khidmat pembantu yang dibayar mengikut jam. Apa yang penting, jangan bertangguh dalam bab menjaga kekemasan rumah kerana jika tidak, rumah akan menjadi lebih bersepah dan memeningkan kita.
    Kredit: Fendi Isa
    penjagaan rumah tips rumah sentiasa kemas tips untuk ibu bapa
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleIdea Deko Ruang Solat Untuk Anak Bertemakan Merah Jambu
    Next Article DIY Wall Decor Menggunakan Pinggan. Bertambah Seri Rumah!

    Related Posts

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Hasilkan DIY Mobile Bayi Dahan Untuk Tambah Sentuhan Kreatif Dalam Nurseri

    July 24, 2023

    Ubahsuai Kabinet Storan Besta IKEA Dengan Mewujudkan Rupa Built-In Custom

    July 20, 2023

    Cara Jadikan Almari Pax IKEA Kelihatan Built-In Untuk Ruang Storan Dalam Bilik

    July 20, 2023

    29 Idea Bijak Storan Bilik Kanak-Kanak Agar Teratur Yang Anda Tidak Mahu Terlepas

    July 7, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.