Rumah jika penuh dengan pelbagai perhiasan dan barangan, akan terlihat ‘sesak’ dan serabut. Namun begitu, sekiranya penghuninya seorang yang sangat rajin, aktif dan bijak menghias ruang dengan baik, ia tidak akan menjadi masalah. Buktinya boleh dilihat pada sebuah rumah kampung di Teluk Kumbar yang dikongsikan oleh seorang lelaki. Rumah milik abangnya ini begitu nyaman, kemas dan tersusun, semuanya adalah hasil dekorasi oleh isterinya, Maznah Noor.
Kreatif menghias menggunakan perabot yang berasal dari 2 buah rumah mereka sebelum ini, ia tampak bersih dan selesa untuk bergerak walaupun padat dengan barang-barang. Ini kerana mereka sekeluarga sememangnya teliti dalam menjaga rumah hasil mempunyai disiplin yang tinggi. Bukan semua orang boleh menyusun atur perabot serapi ini sesuai dengan ruang, dengan kos yang ekonomi.
Hasil Dekorasi Rumah Kampung Yang Kemas, Tersusun dan Selesa
Si isteri juga merupakan peminat barang-barang vintage. Semua perhiasan dijaga dengan bersih, baik dalam mahupun luar rumah.
Dari zaman bujang sehinggalah sudah berkeluarga, rumah abangnya ini terus berseri-seri dan menjadi model untuk mereka contohi.
Sesiapa yang hendak meniru idea ini mungkin boleh, tetapi perlu konsisten dalam penjagaannya agar rumah kekal rapi dan sempurna.
Kredit: Restu Anjung Bonda
Gallery of Walau Padat Dengan Barang, Deko Rumah Kampung Ini Kemas, Tersusun & Selesa
Tags: #hasil deko rumah kampung #idea deko rumah #idea rumah kemas & selesa