Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • DIY
      • Viral
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»DIY»Wanita Ini Kongsi Cara Supaya Pokok Jadi ‘Gemuk’, Sihat Dan Tahan Penyakit
    DIY

    Wanita Ini Kongsi Cara Supaya Pokok Jadi ‘Gemuk’, Sihat Dan Tahan Penyakit

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDNovember 7, 2021Updated:July 10, 2024No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Seorang wanita bernama Liyana Poad menunjukkan apa yang digunakannya untuk pokok kunyit, pokok serai, pokok kari, pokok pandan atau pokok-pokok lain yang tahan lasak, seperti halia dan limau purut, supaya menjadi ‘gemuk’, sihat dan tahan dari penyakit. Tetapi, ia tidak boleh digunakan pada pokok-pokok yang kurang daya tahan, contohnya pokok sup, bawang, sawi, salad dan jenis yang cepat dituai, kerana akan menyebabkan buruk pada akar.

    Diy Baja Organik Tanaman

    Cara Untuk Pokok Menjadi ‘Gemuk’, Sihat dan Tahan Penyakit

    VIEW IN GALLERY

    Ini adalah air basuhan beras yang telah diperam semalaman. Selepas tempoh itu, masukkan 2 keping roti kosong yang dicarik-carikkan. Letakkan di bawah sinki untuk tempoh seminggu. Longgarkan sedikit penutupnya.

    VIEW IN GALLERY

    Selepas seminggu, goncangkan botol. Hasilnya, roti akan hancur. Kemudian, boleh terus digunakan pada pokok-pokok yang disebutkan. Nisbahnya ialah 1:1, iaitu secawan mol roti + secawan air biasa, dan siramkan pada pangkal pokok. Buat seminggu sekali.

    Jangan menyimpan lebihan mol roti ini. Gunakan sehingga habis.

    Hasil Selepas Digunakan Pada Pokok

    VIEW IN GALLERY

    Pokok kunyit yang berusia 3 bulan. Pencahayaan penuh. Hanya menggunakan mol roti dan tinja kambing.

    VIEW IN GALLERY

    Berusia sebulan setengah dengan pencahayaan penuh. Sudah 6 kali disiram mol roti.

    VIEW IN GALLERY

    Asal pokok pandan ini daripada anak pokok yang hanya mempunyai 5 – 6 helai daun. Kini sudah membiak dengan banyak. Usianya dalam sebulan setengah dengan pencahayaan penuh.

    VIEW IN GALLERY

    Serai yang sudah 2 bulan ditanam.

    Simpan perkongsian ini sebagai rujukan untuk pokok-pokok anda.

    Kredit: Liyana Mohd Poad

    cara pokok sihat idea supaya pokok kekal sihat kaedah penjagaan pokok
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleHasil Naiktaraf Ruang Dapur Rumah Kampung Usia 13 Tahun Yang Lebih Selesa
    Next Article Kos Bina Loteng Dalam Bilik Sebagai Tempat Simpan Barang Dalam RM 2K

    Related Posts

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    DIY Deko Bilik Kanak-Kanak Lelaki Konsep Industrial Dengan Accent Kayu & Logam

    July 26, 2023

    Hasilkan DIY Mobile Bayi Dahan Untuk Tambah Sentuhan Kreatif Dalam Nurseri

    July 24, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.