20 Idea Dekorasi Bilik Tidur Moden ini Pasti Buat Anda Terpegun

  • Rishdan
  • 05 Feb 2017
  •   Comments Off on 20 Idea Dekorasi Bilik Tidur Moden ini Pasti Buat Anda Terpegun
Hiasan bilik tidur kontemporari dengan menggunakan bingkai kayu

Kalau anda sedang mencari ilham dekorasi untuk bilik tidur, anda perlu lihat koleksi idea-idea bilik tidur di bawah.  Rekabentuk bilik tidur moden yang pasti akan membuat anda terpegun. Tidak kisah lah idea ini dari mana asalkan ia berjaya menarik minat sesiapa sahaja yang memandang, apatah lagi penghuni bilik tersebut. Selesa, tenang dan nampak mewah. Kami bawakan 20 idea dekorasi bilik tidur untuk memberi sedikit sebanyak inspirasi kepada anda. Kalau anda tidak berkenan dengan idea ini mungkin boleh cuba idea dekorasi bilik tidur hijau ini?

Idea hiasan dalaman bilik tidur yang akan kami bawakan ini adalah hasil kerja seorang pereka dalaman luar negara yang secara tidak sengaja saya terbaca iaitu Alexandra Fedorova. Beliau yang berasal dari Rusia, merupakan seorang pereka dalaman yang sangat berbakat dan telah banyak menghasilkan idea dekorasi cantik sepanjang kariernya. Mungkin dalam entri selepas ini kami akan cuba tonjolkan kepada anda lebih banyak lagi hasil rekaan beliau. Untuk kali ini kami mengajak anda untuk melihat sendiri galeri gambar hiasan bilik tidur dari beliau.

Idea hiasan dalaman bilik tidur moden

Hasil rekaan dalaman beliau yang akan anda boleh lihat di bawah kebanyakannya sudah siap dibina. Tapi ada juga rekaan dibawah hanyalah grafik sahaja, sungguh hebat bukan?. Kami pun susah untuk bezakan yang ianya bukan gambar sebenar. Terbukti beliau merupakan salah seorang pereka dalaman profesional bertaraf dunia dengan idea-idea menarik sebagai inspirasi. Saya suka dengan konsep yang selalu digunakan oleh pereka dalaman iaitu “Less is more”. Hiasan yang tidak terlalu padat tetapi menawarkan segala fungsi yang diperlukan. Konsep ini sangat sesuai untuk bilik tidur dengan ruang yang terhad. Namun dengan idea, pemilihan perabot moden atau minimalis serta susunan yang tepat, ruang yang kecil pun mampu dihias cantik.

Inspirasi hiasan dalaman bilik tidur

Apa yang paling saya suka tentang hiasan dalaman bilik tidur beliau adalah bagaimana dia menggunakan elemen alam semula jadi untuk membuat setiap bilik segar dan nampak hidup. Dari batu, bunga, tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok, kayu yang digunakan sebagai sebahagian daripada perabot. Idea lain yang cukup sempurna untuk menjadikan setiap bilik nampak lebih luas; menggunakan cermin. Sama-sama kita lihat idea-idea dekorasi bilik dari Alexandra!

01. Bilik tidur moden dengan warna terang

Gabungan batu, kaca, kayu dan tumbuh-tumbuhan hijau memang sangat sempurna. Rekaan yang cukup untuk membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya kagum. Tak dapat saya bayangkan selesanya tidur dalam bilik ini.

VIEW IN GALLERYDekorasi bilik tidur utama moden dengan warna terang

VIEW IN GALLERYReka bentuk dan hiasan dalaman bilik tidur warna terang

02. Hiasan dalaman bilik tidur apartmen

Perabot elegan dan pemilihan aksesori yang sesuai boleh mempunyai impak yang besar kepada suasana dalam bilik tidur apartmen ini.

VIEW IN GALLERYHiasan dalaman bilik tidur apartmen gaya elegan

VIEW IN GALLERYPemilihan aksesori hiasan dalaman bilik tidur apartmen

03. Bilik tidur dengan gaya kreatif

Apa yang sangat menarik dengan rekaan bilik tidur ini ialah dinding kaca yang bertindak sebagai divider. Idea yang cukup bagus. Walaupun bilik ini jauh dari tingkap, pencahayaan tetap di tahap maksima.

VIEW IN GALLERYDinding kaca bertindak sebagai pembahagi ruang antara bilik tidur dengan ruang tamu

04. Bilik tidur utama dengan hiasan mewah

Katil moden seakan terapung dan pokok Bonsai di satu sudut menjadikan bilik tidur cukup sempurna dan mewah.

VIEW IN GALLERYHiasan bilik tidur gaya moden kontemporari dan mewah dengan katil yang unik

05. Bilik tidur kontemporari

Bingkai yang diperbuat daripada kayu bukan saja cantik malah bertindak untuk menghangatkan ruang. Saya suka wallpaper pada dinding. Nampak cantik dan tidak keterlaluan selain diimbangi dengan warna putih.

VIEW IN GALLERYHiasan bilik tidur kontemporari dengan menggunakan bingkai kayu

06. Gaya elegan dengan gabungan warna yang tepat

Bilik tidur ini nampak  penuh elegan dan kemas. Warna-warna terang dan gelap digabungkan dengan sempurna.

VIEW IN GALLERYDekorasi bilik tidur ini nampak elegan dengan katil dan hiasan moden

VIEW IN GALLERYWarna-warna terang dan gelap digabungkan dengan sempurna buat bilik nampak kemas

07. Inspirasi moden

Sekali lagi konsep “Less is more” digunakan. Rekaan yang tidak terlalu serabut dengan gabungan lantai kayu dan warna dinding yang lembut. Dinding yang agak luas di hias dengan frame gambar di satu sudut dan tv di satu sudut yang satu lagi.Cantik kan?

VIEW IN GALLERYHiasan bilik tidur Inspirasi moden dengan warna lembut

08. Rekaan bilik tidur minimalis dengan warna terang

Warna tema putih menghiasi bilik tidur minimalis ini. Penggunaan dinding dan lantai kayu mengimbangi warna putih untuk membangkitkan personaliti dan nampak lebih indah.

VIEW IN GALLERYRekaan bilik tidur minimalis dengan warna putih dan kayu

09. Bilik tidur moden gelap dan terang

Gabungan warna terang dan gelap memang awesome. Lampu lantai sebelah kerusi comel tu memang cantik. Anda perasan tak perabot cerah seperti kerusi digunakan untuk mengimbangi dinding dan lantai gelap. Idea yang cukup bagus.

VIEW IN GALLERYBilik tidur moden gelap dan terang dengan satu dinding dipasang rak tv

VIEW IN GALLERYHiasan dalaman bilik tidur moden gelap dan terang dengan lampu lantai menarik

10. Hiasan bilik tidur moden dengan warna brown

Saya suka dekorasi di bawah rak tv yang menggunakan batu-batu hiasan kecil yang secara tidak langsung buat bilik nampak natural dan sejuk; di tambah pula dengan unsur hijau yang dibawa oleh pokok dalam pasu comel tu. Sangat sempurna gabungan brown, putih dan semulajadi dari kayu dan pokok.

VIEW IN GALLERYHiasan bilik tidur moden dengan warna brown dan lantai kayu

11. Bilik tidur tanpa katil

Rekaan bilik tidur tanpa katil ini nampak sangat luas. Anda perasan tak di antara dua tilam itu ada dinding kaca yang bertindak sebagai pembahagi ruang. Sekali fikir macam bahaya je dinding tu. Tapi rasional penggunaan dinding kaca ini untuk membuat bilik nampak lebih luas.

VIEW IN GALLERYDekorasi bilik tidur tanpa katil dengan divider cermin

12. Moden, elegan dan cantik

Ingat lagi tak term “Less is more”? Sederhana dalam dekorasi adalah yang terbaik.Cuba lihat rupa bilik tidur ini.

VIEW IN GALLERYDekorasi bilik tidur utama moden elegan dan cantik

13. Rekaan bilik tidur gaya mewah

Idea bagus untuk bilik tidur utama. Dinding hitam dan cermin sangat cantik dengan dinding marmar yang menjadikan bilik nampak mewah.

VIEW IN GALLERYRekaan bilik tidur gaya mewah dengan dinding marbel

14. Bilik tidur putih dan suci

Bilik tidur serba putih yang dikelilingi dengan langsir mewah dan dengan katil bulat di tengah-tengah, bilik tidur ini nampak tenang lagi suci.

VIEW IN GALLERYBilik tidur serba putih yang dengan langsir mewah

15. Lagi bilik tidur putih dan mewah

Bilik dengan saiz yang besar dihias cantik dengan warna tema serba putih dipadankan dengan lantai kayu. Elegan dan mewah.

VIEW IN GALLERYDekorasi dan reka bentuk bilik tidur moden dengan tema putih

VIEW IN GALLERYHiasan dalaman dan reka bentuk bilik tidur moden mewah

16. Bilik tidur dengan warna tema kelabu

Mungkin antara bilik tidur yang paling kecil dalam senarai ini tapi mampu nampak sempurna dan cantik dengan gabungan warna tema kelabu dan putih.

VIEW IN GALLERYBilik tidur dengan warna tema kelabu dan putih

17. Bilik tidur dengan model terkini

Gabungan warna coklat-beige menjadikan bilik nampak elegan dan canggih. Jangan tenung lama-lama ya, nanti terpikat.

VIEW IN GALLERYBilik tidur warna coklat beige tampil elegan

18. Bilik tidur gaya kampung

Rindu dengan suasana kampung? Rekaan bilik tidur ini mengembalikan memori dan suasana kampung kepada ruang anda. Tingkap cermin dengan bingkai hitam dan dinding kayu menjadikan bilik nampak segar dan terang.

VIEW IN GALLERYBilik tidur kecil gaya kampung

19. Segar dan terang

Pemandangan luar yang cukup cantik dapat dilihat dari dalam bilik tidur melalui pintu sliding kaca.

VIEW IN GALLERYHiasan dalaman bilik tidur kontemporari dengan pemandangan menarik

20. Dekorasi moden dan terkini untuk bilik tidur utama

Apa pendapat anda dengan reka bentuk dan idea bilik tidur ini. Kami rasa rekaan terakhir ini adalah yang terbaik di antara yang terbaik dalam koleksi ini. Cuba anda nilai dan komen di bawah. Kalau tidak setuju pun boleh! Kalau anda segan untuk komen boleh hubungi kami secara peribadi di fb.com/hiasDotMy kami.

VIEW IN GALLERYBilik tidur moden dengan dinding kayu

VIEW IN GALLERYDekorasi master bedroom moden

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Subscribe to our Newsletter