15 Hiasan Bilik Tidur Kontemporari ini Cukup Sempurna Sebagai Contoh Dekorasi

  • Rishdan
  • 04 Mar 2017
  •   Comments Off on 15 Hiasan Bilik Tidur Kontemporari ini Cukup Sempurna Sebagai Contoh Dekorasi
Idea dekorasi bilik tidur master dengan konsep kontemporari moden dengan susunan perabot yang minima

Apa perkara yang paling korang nak buat bila sampai rumah dari tempat kerja? Adakah korang terus menuju ke bilik tidur dan terus baring atas tilam empuk dengan cadar yang menyegarkan ; berehat sekejap untuk hilangkan rasa penat setelah seharian di tempat kerja. Untung sesiapa yang memiliki bilik tidur yang menenangkan dan kemas sebagai tempat berehat dan terapi untuk kurangkan tekanan. Kita semua tahu bahawa tidur yang berkualiti sangat penting dalam kehidupan kita. Tetapi, ramai mungkin tidak sedar atau tidak kisah bahawa hiasan dalaman juga mempengaruhi kualiti tidur.

Pelbagai gaya atau konsep hiasan dalaman bilik tidur yang anda boleh terapkan untuk mewujudkan ruang tidur yang di idamkan. Bermula dengan konsep minimalis, moden dan kontemporari, glam, elegan hinggalah klasik – bergantung pada citarasa korang. Hiasan bilik tidur kontemporari; konsep yang akan kami ketengahkan dalam entri kali ini kini semakin mendapat tempat di kalangan pemilik rumah di negara kita. Untuk itu, kami bawakan kepada pembaca hias.my dalam entri kali ini 15 koleksi hiasan bilik tidur kontemporari sebagai inspirasi.

VIEW IN GALLERYDesign bilik tidur konsep moden kontemporari dengan fitted wardrobe dan perabot kamar putih

VIEW IN GALLERYGabungan sempurna perabot moden kontemporari sesuai dengan konsep yang diidamkan

VIEW IN GALLERYGabungan warna putih dengan sedikit elemen kayu pada perabot menjadikan bilik tidur kontemporari ini nampak mewah

VIEW IN GALLERYHiasan dalaman bilik tidur dengan konsep moden kontemporari gabungan perabot mewah

Hiasan bilik tidur kontemporari & moden

Hiasan dalaman gaya kontemporari menawarkan ruang yang kemas menjadikan konsep ini semakin menjadi pilihan ramai. Dinding yang lurus dengan sedikit gabungan elemen kaca atau cermin menjadikan ruang nampak moden dan bersih. Selalunya katil king size menjadi pilihan dalam mencapai matlamat bilik tidur konsep moden kontemporari.

VIEW IN GALLERYHiasan dalaman bilik tidur gaya kontemporari dari pereka dalaman luar negara Laura Butler Madden

VIEW IN GALLERYHiasan dalaman kontemporari ala hotel 5 bintang
kredit : deviantart

VIEW IN GALLERYBilik tidur gaya kontemporari dengan perabot putih dan katil king size

VIEW IN GALLERY

Baca juga : 20 Idea Hiasan Dalaman Bilik Tidur Moden dari Pereka Dalaman Profesional

VIEW IN GALLERYIdea dekorasi bilik tidur konsep kontemporari dengan katil king saiz kayu

VIEW IN GALLERYIdea dekorasi bilik tidur master dengan konsep kontemporari moden dengan susunan perabot yang minima

VIEW IN GALLERYGaya moden kontemporari yang menggunakan perabot kayu untuk menyuntik elemen natural ke dalam ruang bilik tidur

VIEW IN GALLERYDekorasi gaya moden kontemporari 2017 sebagai inspirasi anda

VIEW IN GALLERYHiasan dalaman bilik tidur kontemporari yang memadankan katil hitam dengan dinding putih

Gambar di atas pernah kami bawakan dalam entri sebelum ini yang anda boleh rujuk balik : 20 Idea dekorasi bilik tidur dari pereka dalaman antarabangsa. Hiasan yang dihasilkan cukup untuk membuatkan kami teruja menjadikannya bahan dalam entri sekali lagi dalam entri ini.

VIEW IN GALLERYGabungan konsep moden minimalis dan natural menjadikan bilik ini lebih menarik - perabot kayu digunakan membawa elemen natural

VIEW IN GALLERYHiasan dalaman bilik tidur utama warna putih dan kelabu lembut - Perabot putih menjadikan ruang nampak mewah

Antara design bilik tidur moden kontemporari di atas, yang mana menjadi pilihan anda? Sila komen di bawah. Anda juga boleh hubungi kami kalau anda ingin berkongsi gambar bilik tidur yang di hias dengan gaya moden kontemporari. Kami boleh siarkan di sini untuk di kongsikan kepada semua peminat  hiasan dalaman konsep kontemporari. Jadi … mana satu yang anda suka? Kalau anda nak lagi inspirasi untuk bilik tidur, boleh like page kami untuk update seterusnya.

Save

Save

Save

Save

Save

Subscribe to our Newsletter