8 Kreatif Divider [Pembahagi Ruang] Untuk Bilik Yang Lebih Trendy

  • Rishdan
  • 08 Dec 2016
  •   Comments Off on 8 Kreatif Divider [Pembahagi Ruang] Untuk Bilik Yang Lebih Trendy

Memang sudah menjadi kebiasaan rekabentuk rumah di malaysia, dinding menjadi penyelesaian untuk memisahkan antara dua bilik. Trend hiasan dalaman kini sudah berubah dengan wujudnya idea yang lebih kreatif dan menjimatkan kos. Menggunakan pembahagi ruang (divider) untuk membuat partition menjadi satu idea yang sangat berguna terutamanya untuk bilik yang luas dan kosong. Penggunaan pembahagi ruang ini mungkin sudah lama digunakan di Malaysia oleh orang dulu-dulu. Ukiran kayu pada zaman dahulu mungkin lebih kelihatan traditional. Suntikan elemen moden kepada konsep room divider menjadikan bilik lebih cantik. Dalam artikel hari ini kami mengajak anda untuk melihat sendiri bagaimana idea pembahagi ruang boleh merubah keseluruhan ruang kediaman anda di samping memberi manfaat kepada dekorasi.

VIEW IN GALLERYAplikasi rak terbuka sebagai pemisah bilik dalam bilik master

Inspirasi Klasik

Kalau dahulunya, rumah-rumah dihiasi dengan tirai-tirai antik dan ukiran kayu sebagai pembahagi bilik. Namun hari ini konsep tersebut mungkin bukan lagi ideal untuk bilik yang berkonsepkan moden dan kontemporari. Akan tetapi kita boleh mengambil inspirasi klasik daripada seni bina dahulu. Konsep yang sama juga boleh digunakan untuk ruang tamu ataupun pejabat.

VIEW IN GALLERYHiasan bilik kontemporari dengan panel tirai

VIEW IN GALLERYSkrin berasaskan kayu berlubang menjadi divider antara bilik dan ruangan santai

VIEW IN GALLERYKonsep pembahagi bilik untuk rumah apartment

Almari dan Hiasan

Di samping mencantikan hiasan dalaman sesuatu bilik, ruang menjadi perkara penting untuk di ambil kira. Kenapa perlu bazirkan ruang sedangkan kita boleh menggunakannya untuk menyimpan barang-barang dan juga meletakkan barang hiasan sebagai contoh. Namun ia bergantung kepada individu dan ruang masing-masing.

VIEW IN GALLERYKabinet bilik ini menjimatkan ruang dan juga menjadi alternatif kepada divider bilik

VIEW IN GALLERYIni adalah almari yang ditempah khas yang berfungsi sebagai divider dan juga wardrobe

Langsir dan Tirai Kaca

Tirai kaca juga salah satu idea yang efektik sebagai divider. Selain itu kita juga boleh menggunakan langsir yang mungkin jauh lebih murah. Walau bagaimanapun, keputusan adalah bergantung kepada kesesuaian ruang dan bilik tidur anda. Cuba lihat contoh tirai kaca di bawah.

VIEW IN GALLERYHiasan bilik berkonsepkan kayu menggunakan tirai kaca dan element natural

VIEW IN GALLERYPintu kaca frosted boleh juga digunakan sebagai pembahagi ruang untuk lebih privacy

Diharapkan perkongsian ini dapat menyumbang idea kepada dekorasi. Sila like facebook kami di Facebook Hias untuk mendapatkan update terbaru tentang hiasan dalaman.

Subscribe to our Newsletter