Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Bilik Tidur»8 Tirai Rumah Kreatif Sebagai Pembahagi Ruang Dalam Rumah Agar Lebih Trendy
    Bilik Tidur

    8 Tirai Rumah Kreatif Sebagai Pembahagi Ruang Dalam Rumah Agar Lebih Trendy

    RishdanBy RishdanDecember 8, 2016Updated:October 3, 2018No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Memang sudah menjadi kebiasaan rekabentuk rumah di malaysia, dinding menjadi penyelesaian untuk memisahkan antara dua ruang. Trend hiasan dalaman kini sudah berubah dengan wujudnya idea yang lebih kreatif serta menjimatkan kos. Menggunakan pembahagi ruang/tirai/(divider) menjadi satu idea yang sangat berguna terutamanya untuk bilik yang luas dan kosong sebagai contoh pembahagi ruang tamu dan dapur.

    Penggunaan tirai/pembahagi ruang ini mungkin sudah lama digunakan oleh orang dulu-dulu. Tapi, tirai rumah dengan ukiran kayu pada zaman dahulu mungkin lebih kelihatan traditional. Nah, dengan suntikan elemen moden kepada tirai rumah terkini sebagai pembahagi ruang menjadikan bilik lebih cantik (lihat contoh di bawah).

    Dalam artikel hari ini kami mengajak anda untuk melihat sendiri bagaimana idea tirai rumah boleh merubah bilik, dapur atau ruang tamu rumah anda. Ruang pejabat atau kedai juga boleh aplikasi idea ini.

    VIEW IN GALLERYAplikasi rak terbuka sebagai pemisah bilik dalam bilik master

    Tirai Rumah Inspirasi Klasik

    Kalau dahulunya, rumah-rumah dihiasi dengan tirai antik dan ukiran kayu sebagai pembahagi ruang dalam rumah. Namun hari ini konsep tersebut mungkin kurang digemari pemilik rumah yang berkonsepkan moden atau kontemporari. Akan tetapi kita boleh inovasi design lama kepada yang lebih moden. Konsep yang sama juga boleh digunakan untuk ruang tamu ataupun pejabat.

    VIEW IN GALLERYHiasan bilik kontemporari dengan panel tirai

    VIEW IN GALLERYSkrin berasaskan kayu berlubang menjadi divider antara bilik dan ruangan santai

    VIEW IN GALLERYKonsep pembahagi bilik untuk rumah apartment

    Gunakan Almari Sebagai Tirai Rumah

    Di samping mencantikan hiasan dalaman sesuatu bilik, ruang menjadi perkara penting untuk di ambil kira. Kenapa perlu bazirkan ruang sedangkan kita boleh menggunakannya untuk menyimpan barang-barang dan juga meletakkan barang hiasan. Namun ia bergantung kepada individu dan ruang masing-masing.

    VIEW IN GALLERYKabinet bilik ini menjimatkan ruang dan juga menjadi alternatif kepada divider bilik

    VIEW IN GALLERYIni adalah almari yang ditempah khas yang berfungsi sebagai divider dan juga wardrobe

    Langsir dan Tirai Kaca

    Tirai kaca juga salah satu idea yang efektik sebagai pembahagi ruang dalam rumah. Selain itu kita juga boleh menggunakan langsir yang mungkin jauh lebih murah. Namun, keputusan nak pilih jenis tirai yang mana tu bergantung kepada kesesuaian ruang atau bilik anda. Cuba lihat contoh tirai kaca di bawah.

    VIEW IN GALLERYHiasan bilik berkonsepkan kayu menggunakan tirai kaca dan element natural

    VIEW IN GALLERYPintu kaca frosted boleh juga digunakan sebagai pembahagi ruang untuk lebih privacy

    Diharapkan perkongsian ini dapat menyumbang idea kepada dekorasi. Sila like facebook kami di Facebook Hias untuk mendapatkan update terbaru tentang hiasan dalaman.

    bilik master bilik tidur hiasan bilik tidur hiasan dalaman bilik
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleCuba 10 Idea Ini Untuk Dapur Kecil Kelihatan Lebih Selesa
    Next Article 15 Idea Table Top dan Kabinet Dapur Terbaik Menjadi Pilihan Hias.my

    Related Posts

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    Deko Nurseri Berkonsepkan Boho Dengan Gaya Campuran Untuk Bayi Perempuan

    July 27, 2023

    DIY Deko Bilik Kanak-Kanak Lelaki Konsep Industrial Dengan Accent Kayu & Logam

    July 26, 2023

    Pembinaan Bilik Dalam Ruang Bawah Tanah Sebagai Suite Tetamu. Selesa & Relaks!

    July 25, 2023

    Ubahsuai Bilik Berkonsepkan Moden Yang Mampu Milik Untuk Kanak-Kanak Lelaki

    July 21, 2023

    Comments are closed.




    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.