Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Review Produk»6 Kebaikan Diffuser Yang Boleh Anda Cuba Untuk Merasai Kesannya Sendiri
    Review Produk

    6 Kebaikan Diffuser Yang Boleh Anda Cuba Untuk Merasai Kesannya Sendiri

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDNovember 9, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Berapa ramai yang menggunakan diffuser dalam rumah? Umum mengetahui bahawa diffuser dengan minyak pati menghasilkan aromaterapi yang membantu menyegarkan udara dalam rumah dan menenangkan fikiran kerana terdapat pelbagai jenis bau-bauan yang wangi. Tetapi bukan itu sahaja, di sini disenaraikan 6 lagi kebaikan diffuser yang mungkin anda tidak tahu.

    1. Mengurangkan Tekanan Perasaan dan Kegelisahan

    VIEW IN GALLERY

    Diffuser minyak pati adalah salah satu cara terbaik untuk mengurangkan tekanan dan kegelisahan. Minyak pati mempunyai kesan langsung pada bahagian otak yang mengawal kegelisahan dan tekanan, dan pendedahan terhadap minyak pati ni boleh mengurangkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah yang membolehkan seseorang bertenang.

    2. Meningkatkan Memori dan Tumpuan

    VIEW IN GALLERY

    Menurut sebuah kajian tahun 2017 oleh Northumbria University, pelajar yang berada dalam bilik yang diletakkan diffuser minyak pati memperoleh hasil 5% – 7% lebih baik bagi ujian memori berbanding dengan pelajar yang tidak terdedah dengan aroma minyak pati.

    3. Meningkatkan Kesihatan Pernafasan

    VIEW IN GALLERY

    Selain membersihkan udara, diffuser juga boleh membantu dalam meningkatkan kesihatan pernafasan. Diffuser dengan minyak pati jenis antibakteria, antispasmodik dan ekspektoran membantu mengurangkan dan melegakan masalah pernafasan.

    4. Membantu Mengawal Berat Badan

    VIEW IN GALLERY

    Diffuser boleh membantu dalam pengawalan berat badan dengan meningkatkan metabolisma dan menyeimbangkan mood. Tetapi pastikan penggunaan diffuser ini selari dengan diet yang seimbang dan gaya hidup yang sihat.

    5. Meningkatkan Sistem Ketahanan Badan

    VIEW IN GALLERY

    Diffuser juga boleh digunakan bagi meningkatkan sistem ketahanan badan dengan mengurangkan tekanan, menenangkan sistem saraf, meningkatkan imuniti dan menguatkan sistem pernafasan.

    6. Meningkatkan Kualiti Tidur

    VIEW IN GALLERY

    Terdapat banyak diffuser minyak pati terapeutik bagi membolehkan tidur anda lebih nyenyak dengan bau-bauan bunga yang boleh merehatkan minda, sekaligus membuatkan kita lebih tenang dan menggalakkan rasa mengantuk.

    Kredit: Cocod’or

    idea aromaterapi untuk rumah idea untuk rumah kebaikan diffuser
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleHasil Transformasi Rumah Secondhand Kepada Deko Gaya Pinterest
    Next Article Pentingnya Perancangan, Ini Idea Deko Simple & Kemas Rumah Kuarters Tentera

    Related Posts

    Pengalaman Pasang Wainscoting Dari Semua Jenis Material Sebagai Panduan

    December 24, 2020

    (PART 4) 12 Peralatan Dari Shopee Yang Perlu Berada Dalam Rumah Anda

    December 17, 2020

    (PART 3) 15 Peralatan Dari Shopee Yang Perlu Berada Dalam Rumah Anda

    December 17, 2020

    (PART 2) 15 Peralatan Dari Shopee Yang Perlu Berada Dalam Rumah Anda

    December 16, 2020

    (PART 1) 15 Peralatan Dari Shopee Yang Perlu Berada Dalam Rumah Anda

    December 16, 2020

    Antara Barangan Shopee Yang Berguna Untuk Dapur Anda? Baca Perkongsian Ini

    November 13, 2020

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.