20 Kombinasi Warna Yang Sempurna Untuk Bilik Tidur Anda
Pemilihan kombinasi warna cat bilik tidur yang terbaik memang agak sukar. Hiasan dalaman sesebuah bilik tidur bermula di sini. Oleh itu, anda harus pastikan kombinasi warna cat bilik tidur yang dipilih menjadikan bilik tidur nampak lebih nyaman,moden & juga bergaya.
Kini, bilik tidur bukan lagi hanya sebagai tempat untuk tidur pada waktu malam. Di sini lah kita berehat setelah seharian penat bekerja sambil menonton tv. Ada juga yang jadikan bilik tidur sebagai ruang pejabat. Menjadikan bilik tidur sebagai ruang yang tenang, menarik, harmoni & selesa secara tidak langsung mempengaruhi kehidupan anda di rumah.
Sebagai panduan kombinasi warna bilik tidur, di sini kami bawakan beberapa gabungan warna yang sangat sesuai. Pakar hiasan dalaman juga setuju. Kombinasi warna ini boleh dijadikan rujukan kepada mereka yang merancang untuk cat semula bilik tidur, – atau, kepada yang sedang intai-intai idea untuk cat rumah baru mereka.
Pemilihan warna bilik tidur yang sesuai
1.Turquoise dan Hijau – Pilihan yang kini menjadi kegilaan ramai. Kombinasi warna dinding hijau dan selimut + sarung bantal turqoise menjadikan bilik tidur nampak menarik & segar. Peminat tegar turqoise boleh cuba gabungan warna ni.
VIEW IN GALLERY2.Lilac dan Kelabu – Lilac merupakan warna ungu lembut/pucat sama seperti warna kebanyakan
bunga lilac. Bilik tidur warna lilac yang digabungkan dengan kelabu membawa aura kelembutan yang menawan ke dalam sesebuah bilik.
VIEW IN GALLERY3.Merah dan Biru – Gabungan warna bilik tidur merah dan biru ada peminatnya yang tersendiri. Gabungan ketenangan warna biru dengan warna merah yang berani menjadikan suasana lebih menyerlah tanpa menyakitkan mata. Inilah warna yang sesuai kepada mereka yang berani & berkeyakinan tinggi.
VIEW IN GALLERY4. Beige dan turquoise – Sekali lagi warna turqoise menjadi pilihan. Tapi kali ini digabungkan dengan warna beige. Warna beige yang lembut menjadi latar belakang ruang dipadankan dengan warna turquoise yang menjadi sebagai penambah seri.
VIEW IN GALLERY5. Hijau dan Pink – Deko bilik tidur dengan warna hijau dan pink seperti contoh di bawah sangat sesuai untuk bilik tidur remaja perempuan. Pink yang sememangnya sinonim dengan perempuan, digabungkan dengan hijau lembut karpet sudah cukup menjadikan ruang lebih menyerlah.
VIEW IN GALLERY6. Mustard dan Beri – Kuning mustard menjadi pilihan warna cat bilik tidur di bawah. Hiasan bilik tidur sememangnya memerlukan kreativiti. Gabungan kuning mustard dan beri dalam dekorasi bilik tidur di bawah adalah salah satu contoh gabungan warna yang berkesan membangkitkan suasana.
VIEW IN GALLERY7. Oren dan Coklat – warna yang sesuai untuk bilik tidur, tetapi dengan syarat penggunaan warna haruslah sesuai dan tidak terlalu sarat. Penggunaan warna terang yang terlalu banyak mungkin akan buat anda sakit mata. Inginkan gabungan yang terbaik? Contoh ada di bawah.
VIEW IN GALLERY8. Kuning Mustard , Merah & Biru – Jika tadi gabungan mustard dan beri menjadi pilihan, kali ini 2 warna terang digunakan dengan berani.
VIEW IN GALLERY9.Ungu dan Biru – Ramai yang anggap warna ungu sesuai untuk dekorasi
bilik kanak-kanak, atau
bilik remaja perempuan. Namun, jika dipadankan dengan warna yang sesuai, ungu juga mampu buat
master bedroom anda jadi menarik & sempurna.
VIEW IN GALLERY10. Putih, Hitam & Biru – Warna hitam & putih menjadikan ruang lebih bergaya dan trendy. Gabungan warna biru jadikan suasana bilik lebih tenang. Jom lihat gabungan warna bilik putih, hitam & biru yang mewarnai bilik tidur di bawah. Kami jamin yang anda mula jatuh cinta dengan bilik tidur yang gojes ini.
VIEW IN GALLERY11. Coral & Biege
VIEW IN GALLERY12.Kelabu & Keemasan
VIEW IN GALLERY13.Turquoise & Coklat
VIEW IN GALLERY14.Peach dan Hijau
VIEW IN GALLERY15.Hijau & Coral
VIEW IN GALLERY16.Turquoise Gelap & Keemasan
VIEW IN GALLERY17.Putih, Oren & Hitam
VIEW IN GALLERY18.Oren & Biru
VIEW IN GALLERY19. Biru Gelap & Merah
VIEW IN GALLERY20. Kuning Lemon & Kelabu
VIEW IN GALLERY20 idea gabungan warna bilik tidur di atas mungkin boleh memberikan inspirasi untuk bilik tidur anda nampak lebih menarik & bergaya.
Anda ada idea untuk dikongsi dengan kami? Sila hubungi kami di facebook.com/hiasdotmy
Facebook
RSS