Ingat lagi perkongsian artikel mengenai beberapa idea deko DIY untuk ruang rumah nampak mahal? Salah satu idea dekorasi yang menarik yang dikongsikan adalah kabinet akuarium. Dalam artikel itu, anda hanya melihat hasilnya yang sudah siap tetapi bagaimana dengan prosesnya? Disebabkan itulah kami menyediakan satu lagi artikel untuk menunjukkan kepada anda bagaimana tuan rumah menghasilkan kabinet ini secara DIY. Sangat sesuailah untuk sesiapa yang mempunyai akuarium di rumah dan ingin menampakkan akuarium itu ‘mahal’.
Kata Ainul melalui akaun Facebooknya, suaminya membuat kabinet ini dari playwood sahaja manakala wainscoting dilakukan sepenuhnya olehnya sendiri. Akuarium ini adalah baru dan kaki besinya sudah kukuh, kemudian mereka membalutnya sahaja supaya nampak lebih cantik dan ‘mahal’. Setelah berpenat lelah dengan mengambil kesempatan pada waktu cuti sekolah, akhirnya DIY kabinet akuarium ini siap juga. Walaupun tidaklah sesempurna mana pada matanya, dia tetap berpuas hati.
PROSES DIY KABINET AKUARIUM
Cat putih biasa menggunakan jenama Nippon Paint White Finish Yank.
HASIL DIY: